• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Rakyat Umum Produk Baharu Untuk Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan produk terbaharu Bank Rakyat untuk mangsa banjir, Peribadi-i.

Produk itu ditawarkan dengan pembiayaan maksimum sebanyak RM50,000, pada kadar keuntungan bermula daripada serendah 3.9 peratus, dan tempoh pinjaman sehingga tujuh tahun.

“Pembiayaan Peribadi-i ini akan membantu mangsa banjir di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor.

“Ia terbuka kepada penjawat awam, swasta dan pesara,” kata Perdana Menteri dalam ucapannya pada majlis Perasmian Menara Kembar Bank Rakyat.

Antara syarat yang dikenakan kepada pemohon ialah mereka perlu mengemukakan bukti atau dokumen pengesahan sebagai mangsa banjir daripada Majlis Keselamatan Negara atau laporan polis.

Tempoh tawaran bagi produk tersebut ialah selama sebulan bermula 19 Jan hingga 19 Feb.

Sementara itu, Najib berkata dalam tempoh 60 tahun, Bank Rakyat telah berkembang daripada sebuah koperasi kredit kepada bukan sahaja bank koperasi terbesar di Malaysia, malah sebagai institusi kewangan Islam kedua terbesar negara.

Menurutnya bank berkenaan mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat melebihi RM2 bilion sejak 2011, dan kini berada pada kelompok lima institusi kewangan terbaik dalam aspek keuntungan di Malaysia pada 2013.

Di peringkat global, berdasarkan penyenaraian majalah The Banker Top 1,000 World Bank 2014, Bank Rakyat merupakan institusi kewangan keenam terbesar di Malaysia dan ke-273 di dunia.

“Selain itu, Bank Rakyat menerima anugerah sebagai ‘Bank Islam Terbaik 2014’ daripada Global Islamic Finance Award (GIFA).

“Ini membuktikan keupayaan rakyat negara ini untuk mencapai apa yang dikatakan ‘global recognition’ atau pengiktirafan global, sesuatu yang tidak mudah dicapai, terutama dalam sektor perbankan,” kata Najib.

Justeru, Najib berharap Bank Rakyat, bersama institusi kewangan yang lain dapat terus memainkan peranan untuk merancakkan ekonomi negara, bukan sahaja dari segi pertambahan keluaran dalam negara kasar dan pertambahan per kapita, malah turut memberi perhatian terhadap usaha untuk meningkatkan pendapatan isi rumah.

Bank Rakyat hari ini turut mengumumkan pemberian dana zakat RM1 juta untuk bantuan kepada mangsa banjir.

Di samping itu beliau mengumumkan jalan di hadapan Menara Kembar Rakyat iaitu sebahagian Jalan Travers, dinamakan sebagai Jalan Rakyat. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd