• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Harga Sayur, Ikan Naik Mendadak, Ayam Menurun

oleh Ahmad Albab
05/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Harga sayur-sayuran di Pantai Timur dilapor melambung tinggi berikutan musibah banjir manakala penternak ayam pula terpaksa menanggung lebihan apabila tidak dapat menyalurkan ayam bersih ke kawasan terjejas.

Selain itu, harga makanan laut seperti ikan turut melambung apabila nelayan tidak dapat ke laut akibat cuaca buruk.

Bendahari Persatuan Pemborong Sayur, Chong Tek Keong berkata, harga sayur-sayuran naik sebanyak 40 hingga 50 peratus sejak krisis banjir.

Jelasnya, sepanjang tempoh hujan baru-baru ini, bekalan dari kebun telah menurun sebanyak 30 hingga 40 peratus.

Tek Keong yang menafikan bahawa pemborong mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan memberitahu, harga melambung naik berikutan tindakan pekebun menaikkan harga.

“Pemborong hanya meneruskan kerja mereka seperti biasa dengan menghantar sayur ke kawasan-kawasan tertentu di Kelantan dan Pahang.

“Bagaimanapun harga sayur-sayuran dijangka menurun pada sambutan Tahun Baru Cina bulan depan,” katanya.

Setiausaha Penanam Sayur Cameron Highlands, Chay Ee Mong berkata, hujan dan bajjir yang melanda telah menjejaskan tanaman sayur di seluruh negara dan bukanya di kawasan tanah tinggi sahaja.

“Cuaca terlalu lembab untuk membuat tuaian. Mudah-mudahan cuaca akan kembali baik supaya tanaman boleh dituai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Peladang dan Ternakan, Jeffery Ng berkata, sebanyak 3,000 ladang ternakan ayam di seluruh terpaksa menanggung lebihan kerana tidak dapat membuat pengedaran ketika banjir.

“Restoran dan kedai makan merupakan pasaran penting bagi pembekal ayam bersih, bagaimanapun penutupan restoran ketika banjir membuatkan ternakan berlebihan dan perlu dihapuskan,” ceritanya.

Berikutan itu, harga ayam dilaporkan menurun kepada RM3.50 sekilogram khususnya di Lembah Klang.

Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kebangsaan, Norizaman Ghazali pula memberitahu, kenaikan harga ikan pada Januari merupakan perkara biasa kerana kekurangan ikan di laut.

“Ia telah menjadi perkara biasa mengikut musim,” katanya ringkas.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi memberitahu, cuaca kini semakin baik di Kelantan, Terengganu, dan Pahang manakala Johor akan terus menerima hujan. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=41QLIWcXx38

Tags: BanjirHarga Barang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd