• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Gesa Kerajaan Pusat Percepat Bina Rumah Kekal

oleh Ahmad Albab
18/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – UMNO Kelantan akan meminta kerajaan pusat mempercepatkan pembinaan rumah kekal kepada mangsa yang hilang kediaman akibat banjir di negeri ini bulan lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata setakat ini jumlah rumah yang musnah sepenuhnya sebanyak 2,010 dan angka itu dijangka bertambah kerana bancian masih dijalankan di seluruh negeri ini.

“Saya akan minta kerajaan pusat bina (rumah) secepat mungkin kerana kita dapati mangsa yang terbabit sudah dua, tiga minggu menunggu tempat kediaman kekal,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Kelantan di sini, malam tadi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lalu menyatakan Kabinet bersetuju membina rumah kekal berharga RM48,000 setiap rumah khusus untuk mangsa yang kediaman musnah secara keseluruhannya di negeri yang dilanda banjir.

Muhyiddin dilaporkan berkata kerajaan juga bersetuju memberi bantuan atas kadar antara RM5,000 dan RM10,000 bagi setiap rumah yang mengalami kerosakan sebahagian atau tidak sepenuhnya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata bagi mangsa yang sebelum ini mendiami kawasan setinggan, kerajaan negeri akan menyediakan kawasan baharu untuk pembinaan rumah kekal kepada mereka.

Beliau berkata, sebelum rumah kekal berkenaan siap, kerajaan pusat menyediakan penempatan sementara berbentuk khemah secara berkelompok dengan dibekalkan pelbagai kemudahan seperti dewan makan, dewan solat, bilik mandi, bekalan elektrik dan air.

Katanya, kerajaan juga menyediakan kediaman transit seperti kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan kem tentera, untuk mangsa banjir terbabit.

Dalam masa sama, Mustapa berkata kerajaan juga sedang membantu mangsa yanghilang pendapatan akibat banjir termasuk hasil pertanian musnah dan premisperniagaan ditenggelami air. – BERNAMA

Tags: BanjirKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd