• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangkai Utama Pesawat AirAsia QZ8501 Ditemui

oleh AK-47
15/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BADAN utama atau fiuslaj pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah pun ditemui oleh kapal Singapura MV Swift Rescue di dasar laut ketika operasi pencarian mengesan bahagian itu dilakukan.

Penemuan itu disahkan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen melalui laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

“Ketua Tentera Laut Singapura RADM Lai Chung Han memaklumkan kepada saya, kapal SAF, MV Swift Rescue telah mengean lokasi fiuslaj pesawat AirAsia di Laut Jawa.

MENARIK – Bos AirAsia Indonesia Mengaku Lalai Ubah Jadual QZ8501

“Imej berkenaan dirakamkan dari kenderaan kawalan jauh (ROV) menunjukkan bahagian sayap dan perkataan yang tertera pada fiuslaj berkenaan,” katanya.

FiuslajAirAsia_2 FiuslajAirAsia_4

Dr Ng berkata, pihaknya telah memberikan maklumat itu kepada Badan Mencari Dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) dan kerja membawa keluar bangkai berkenaan boleh mula dilakukan.

“Kemalangan ini begitu tragik dan menyebabkan kehilangan terlalu banyak nyawa, saya berharap dengan penemuan fiuslaj ini ia akan membawa kesudahan kepada kesedihan dan tanda tanya ahli keluarga mangsa,” katanya di laman Facebooknya itu.

FBNgEngHen

Laporan berkenaan turut disusuli dengan gambar bangkai pesawat itu dengan tulisan “Now Everyone” yang biasa tertulis di badan sebuah pesawat AirAsia.

Semalam, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) memaklumkan bahawa badan pesawat berkenaan masih belum lagi ditemui menafikan laporan awal bahawa mereka sudah pun menemui bangkai utama pesawat itu.

Pasukan mencari yang terdiri daripada beberapa buah negara termasuk Malaysia dan Singapura kini berusaha keras membantu Indonesia mengesan bangkai utama atau fiuslaj pesawat itu kerana dipercayai banyak mayat masih terperangkap di dalamnya.

Daripada gambar yang dikongsikan, bangkai pesawat itu dikesan pada pukul 3 petang tadi. – MYNEWSHUB.CC

Video Ahli Keluarga Mangsa Nahas QZ8501 Menangis

http://youtu.be/DHgtXH504i4

Tags: AirAsia Indonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gurauan Bawa ‘Bom’, Penerbangan Tertunda 2 Jam

23/07/2016
0

BALIK PULAU (Pulau Pinang) - Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka,...

Pesawat Trigana Air Terhempas Di Papua Bawa 6.5 Bilion Rupiah

17/08/2015
0

NAHAS pesawat Trigana Air milik Indonesia yang dilaporkan terhempas di satu kawasan pergunungan di Papua disahkan membawa sejumlah wang bernilai 6.5...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd