Saturday, November 9, 2024

Creating liberating content

Ahli Farmasi Tempatan Dakwa...

KUALA LUMPUR - Tatkala negara masih lagi berdepan dengan peningkatan kes denggi setiap...

Kembar Siam Lain Jantina...

INDIA: Seorang wanita melahirkan kembar siam yang mempunyai empat tangan dan dua kaki, di...

7 Tips Untuk Anak...

SELESA bukan bermaksud kau kaya-raya, punya duit berjuta atau pandu kereta import mewah...

Iskandar Malaysia Kumpul RM208...

JOHOR BAHRU - Iskandar Malaysia mengumpul sejumlah RM208 bilion pelaburan komited dari 2006...

BAM Percaya Kes Chong Wei Didengar Bulan Ini

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) percaya kes pendengaran isu dadah Datuk Lee Chong Wei akan diadakan bulan ini.

Timbalan Presiden badan induk itu, Datuk Norza Zakaria difahamkan berkata pihaknya belum menerima sebarang perkhabaran mengenai tarikh perbicaraan itu yang dinantikan peminat tanah air.

Dia menambah, BAM percaya ia akan ditetapkan pada bulan ini.

Terdahulu, tarikh dipilih oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi pendengaran kes berkenaan adalah pada 8 Disember lalu.

Tapi, BAM atas nasihat peguam berpangkalan di England, Nike Morgan meminta tarikh itu diubah.


Tidak dinafikan Chong Wei tidak sabar menunggu keputusan itu selepas pemain berusia 33 tahun itu digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan.

Laluan untuk ikon sukan negara beraksi masih ada ketika sirkit Siri Super hanya bermula Mac ini dengan kejohanan Seluruh England bermula pada 3 hingga 8 Mac ini.

– BERITA HARIAN ONLINE

https://www.youtube.com/watch?v=v_dvYwnMGhs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori