• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Staf Khalid Ibrahim Diarah Kembalikan Pampasan RM2.6 Juta

oleh Ahmad Albab
05/01/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menuntut bekas staf menteri besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar memulangkan kembali pampasan sebanyak RM2.6 juta yang diberikan kepada lapan bekas kakitangan pemimpin itu.

Ia berikutan pembayaran tersebut tidak mengikut prosedur dan peraturan kewangan berkaitan syarat dan kontrak penggajian mereka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, pembayaran amaun sebenar akan dibuat selepas mereka mengembalikan keseluruhan pampasan tersebut.

Memetik kenyataan beliau yang disiarkan portal Selangorkini, “Setelah mendapat nasihat pihak peguam, pengurusan baharu memutuskan untuk menghantar surat kepada mereka bagi memberi peringatan supaya mengembalikan semula wang yang dibayar itu.

BACA: Surat Tuntutan Pemulangan Wang Pampasan MBI Dihantar Esok

“Sudah tentulah mereka kena kembalikan semula wang berkenaan kepada MBI dan MBI akan meneliti jumlah kelayakan yang akan dibayar kepada mereka.”

Ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor pada Sabtu, beliau turut memaklumkan lapan kakitangan tersebut perlu memulangkan amaun pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tersebut.

Faekah Husin

Dalam pada itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Hussin yang juga salah seorang kakitangan yang menerima pampasan tersebut berkata, beliau akan mengulas setelah menerima surat berkenaan.

“Saya belum menerima sebarang notis mengenainya dan akan komen apabila tiba waktunya.”

3 Disember lalu, satu laporan audit oleh Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SelCat) mendapati berlaku kesilapan tatacara dan prosedur pembayaran pampasan terhadap lapan kakitangan Khalid.

Dalam audit yang sama juga, laporan tersebut mendapati terdapat lebihan pembayaran terhadap Faekah dan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Mustapha Mohd Talib.
– MYNEWSHUB.CC

Wawancara Eksklusif Bersama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Oleh Astro Awani

Tags: Azmin AliKhalid IbrahimKrisis MB Selangorselangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cuaca Kawasan Pencarian Pesawat AirAsia Baik – Indonesia

Next Post

Miley Cyrus Tayang Payudara Di Instagram

Related Posts

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

22/05/2025
0

KLANG: Kerajaan negeri mengarahkan semua peniaga rokok elektronik (e-rokok) atau vape menurunkan iklan jualan dan promosi berkaitan e-rokok sebelum tindakan...

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

26/03/2025
0

KLANG - Empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor berganding bahu melaksanakan Op Empat Penjuru bagi membanteras aktiviti jenayah...

Next Post

Miley Cyrus Tayang Payudara Di Instagram

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd