• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awie Hilang Hak Jagaan Sementara Anak

oleh Ahmad Albab
15/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHKAMAH Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Rabu, mengetepikan perintah hak jagaan sementara anak yang diberikan kepada Awie pada Julai 2014 ke atas ketiga-tiga cahaya matanya hasil perkongsian hidup dengan Rozana Misbun.

Keputusan tersebut diputuskan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain, setelah membenarkan permohonan Rozana untuk mengetepikan perintah tersebut.

Awie, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, turut diperintahkan membayar kos RM5,000.

[WAJIB BACA INI: Awie Temui Barang Khurafat, Dakwa Rozana Amal Ilmu Karut]

Dalam penghakimannya, Mohd Amran berkata, mahkamah berpuas hati bahawa secara keseluruhannya Awie tidak tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta sijil nikah yang dikemukakan untuk mendapat jagaan didapati tidak wujud dan tidak didaftar.

Berdasarkan dua fakta tersebut, semua kes berkaitan termasuk hak jagaan anak adalah terbatal.

Mengimbas kembali kes tersebut, pada 21 Julai tahun lalu, Awie berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara terhadap ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan dengan Rozana, 37.

Pada 8 Ogos pula, Rozana yang diwakili peguam Jamal Lokman Mohd Sulaiman menfailkan permohonan untuk mengetepikan keputusan tersebut.

Ketika ditemubual media selepas prosiding, Awie berkata, beliau menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan akan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan lanjut bagi memastikan kebajikan anak-anaknya terjaga.

“Sekarang anak-anak masih di bawah jagaan saya,” kata Awie. – MYNEWSHUB.CC

OST Filem Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit Lakonan Awie

https://www.youtube.com/watch?v=JMYiDdbHrrQ

Tags: Awiekes mahkamahperkahwinan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

15/11/2023
0

AMPANG JAYA: Berang kekasih enggan berkahwin, seorang wanita dipercayai mencuri pelbagai barangan rumah milik teman lelakinya itu yang dianggarkan bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd