Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Agong Perkenan Anugerah Pingat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menganugerahkan Pingat Panglima Gagah...

Kerajaan Melaka Mohon Maaf...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka memohon maaf berhubung kejadian melibatkan seorang wakil rakyat...

Mahu Beli Kerusi Dari...

WASHINGTON DC - Tentu sekali ramai yang sering beli-belah atas talian tidak perlu...

Gambar Zain Saidin, Aaisyah...

KERANA mahu mempromosikan pekerjaan online yang membawa keuntungan tinggi, ada beberapa pihak sering...

Angin Kencang, Laut Bergelora Dijangka Berterusan Sehingga Esok

KUALA LUMPUR – Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah dan Labuan ketika ini dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

“Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut hari ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan juga dijangka berterusan sehingga esok.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu juga berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Cuaca

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori