• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Anak-Anak Saudara Saya Bukan Anak Luar Nikah” – Haliza Misbun

oleh Ahmad Albab
15/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

RENTETAN isu rumah tangga melibatkan vokalis kumpulan Wings, Awie dan isterinya, Rozana Misbun membuatkan bermacam-macam perkara dibongkar satu persatu termasuk perihal sijil pernikahan mereka.

Akibatnya, ramai pihak mula membuat spekulasi.

Lagi memburukkan situasi, ada segelintir yang cetek ilmu pun cuba masuk campur dengan menuduh ketiga-tiga anak hasil perkongsian hidup pasangan tersebut merupakan anak tak saf taraf! Kejam betul, kan?

Rozana  Awie

Memetik laporan portal Murai, tuduhan tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh kakak kepada Rozana, iaitu Haliza Misbun.

Pelakon tersebut berkata, dia mempunyai bukti bahawa perkahwinan adiknya bersama Awie sah di sisi hukum syarak.

“Saya punya bukti kukuh bahawa pernikahan antara adik saya Rozana dan Awie sememangnya pernah berlaku pada 20 Jun 2005 di Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand, dan sah dari sisi hukum syarak.

Label anak luar nikah yang dilemparkan kepada anak-anak saudara saya secara membuta-tuli oleh segelintir pihak bukan sahaja kejam malah menggambarkan ceteknya pengetahuan mereka dari sudut ini selain turut menyerlahkan budaya masyarakat kita yang begitu cepat menghukum dan bertepuk tangan melihat kesengsaraan orang lain.”

[WAJIB BACA INI: Awie Temui Barang Khurafat, Dakwa Rozana Amal Ilmu Karut]

Ujarnya lagi, sekiranya status sijil nikah diputuskan sebagai tidak sah, maka hak penjagaan yang diperolehi Awie sekarang bakal berpindah milik kepada Rozana.

Bukan itu sahaja, status anak-anak akan jatuh di bawah Wathie Syubhat yang membawa erti anak-anak menjadi hak ibu sepenuhnya.

“Istilah Wathie Syubhat bukan bererti ‘anak tidak sah taraf’. Ia bukan bermaksud anak luar nikah!

Ketiga-tiga anak tersebut kini secara tak langsung di bawah Wathie Syubhat selagi urusan pengesahan serta pendaftaran pernikahan ibu bapa mereka tidak dilakukan di negara ini mengikut prosedur yang sepatutnya,” tegas pelakon tersebut.

Istilah Wathie Syubhat membawa erti anak yang lahir daripada pernikahan yang sah dari hukum syarak namun diragui statusnya berikutan pernikahan terbabit tidak diurus atau didaftarkan mengikut lunas undang-undang negaranya.

Senang cakap, dalam mana-mana krisis rumah tangga, pihak yang paling terkesan adalah anak-anak, justeru diharapkan Awie mahupun Rozana dapat mencari jalan penyelesaian dan tidak memanjangkan kes tersebut.

Dan pada pihak di luar yang tak tahu menahu hujung pangkal cerita, ada baiknya tidak menimbulkan sebarang spekulasi. Tak pasal-pasal, anda kena tanggung dosa percuma pulak sebab menfitnah! – MYNEWSHUB.CC

Awie Bahagia Bersama Anak-Anak Tanpa Kehadiran Rozana Misbun

Tags: AwieGosip Artis Tempatankes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd