Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Fuad Nasihat Aiman Tahiruddin...

AHMAD Fuad Baharudin menasihatkan pelumbanya, Mohd Aiman Tahiruddin untuk bertenang dan kekal fokus...

‘Antrabez’ – Band Dianggotai...

INSAF dengan apa yang berlaku ke atas diri mereka, lapan banduan menubuhkan satu...

‘Avengers’ Berkas Pengedar Dadah...

LIMA, PERU – Sepasukan anggota polis di Peru bertindak menumpaskan sindiket pengedar dadah...

5 Warga Nigeria Ditahan...

GEORGE TOWN - Tiga wanita dan dua lelaki Nigeria ditahan kerana cuba mengedar...

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Dijangka Sehingga Ahad

KUALA LUMPUR – Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Tioman, Bunguran, Kuching, Sabah, Sarawak, Labuan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dalam tempoh itu.

“Sementara itu, angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Sabah dan Palawan juga dijangka berterusan sehingga Ahad ini,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk pekerja di pelantar minyak, menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Cuaca

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori