Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

TMP Komitmen Tinggi 3...

TARAKAN - Pelancaran rondaan maritim, Trilateral Maritime Patrol (TMP) Indomalphi yang melibatkan pasukan...

3,000 Sertai Perarakan ‘Niti...

KUCHING - Perarakan Gawai Dayak 2018 atau 'Niti Daun' hari ini berjaya menarik...

Kereta Kebal Israel Kepung...

GAZA : Tentera Israel hari ini mengepung Hospital al-Shifa, selepas operasi tentera di...

Tidak Tahu Malu: Perempuan...

BERISTIGHFAR panjang kami jadinya melihat status pengakuan berani mati yang dimuat naik seorang...

Alcatel Tawar Jam Tangan Pintar Pada Harga Rendah

KERANCAKAN pengeluaran jam tangan pintar dewasa ini, membuat Alcatel OneTouch tidak mahu ketinggalan dengan mengumumkan  jam tangan pintar pertama keluaran mereka, baru-baru ini.

Seperti telefon pintar, Alcatel mempertaruhkan harga lebih rendah berbanding pesaing lain untuk memikat pengguna.

Dinamakan Watch, jam tangan pintar ini tampil dengan skrin berbentuk bulat lebih kurang seperti Moto 360.

Walaupun menyerupai jam tangan biasa pada hari ini, ia menawarkan fungsi-fungsi pintar termasuk aplikasi sokongan untuk melihat notifikasi, mengawal pemain muzik dan boleh juga digunakan untuk tujuan kecergasan.

Harga dan spesifikasi penuh untuknya masih belum diketahui tetapi jam tangan pintar ini dikatakan akan menyokong peranti Android sahaja buat masa ini.


Masa bertahan bateri untuk Watch ini juga masih jadi tanda tanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: THE VERGE

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori