• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AKSB Dapat Bantuan Operator Air Negeri Lain

oleh Ahmad Albab
05/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan operator air dari negeri lain memberi bantuan kepada syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi membaik pulih loji-loji dan sistem agihan di Kelantan yang terjejas akibat bencana banjir.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan media memberitahu, operator air dari negeri lain terbabit juga membantu AKSB dalam menghantar bantuan air kepada penduduk Kelantan yang terjejas.

“Pada masa ini, bantuan daripada operator-operator adalah dalam bentuk seramai 292 tenaga kerja terdiri daripada jurutera, pembantu teknik, juruteknik, pemandu serta pekerja am mengagihkan air melalui lori tangki.

“Mereka turut membaik pulih peralatan mekanikal dan elektrikal, menjalankan pembaikan ke atas struktur dan bangunan
serta menjalankan kerja-kerja pembersihan di loji-loji yang mengalami kerosakan teruk,” kata kenyataan itu hari ini.

SPAN turut memaklumkan, operator air dari negeri lain terbabit turut menyediakan sebanyak 22 lori tangki bagi membantu lapan lori tangki AKSB mengagihkan air ke premis-premis kritikal seperti hospital.

Tambah kenyataan itu, sebanyak 58 buah kenderaan berat turut digerakkan bagi mengangkut pegawai dan kakitangan operator air terlibat menjalankan tugas-tugas berkenaan.

Jelas kenyataan itu, bantuan tersebut diselaraskan oleh SPAN dan ia merupakan operasi terbesar yang julung-julung kali dianjurkan di negara ini.

“Kerjasama ini membolehkan kerja-kerja baik pulih loji-loji di Kelantan dijalankan dengan segera dan gangguan bekalan air dapat dipulihkan lebih cepat daripada dijangkakan.

“SPAN menasihati penduduk di kawasan terjejas memberi kerjasama kepada operator-operator air terbabit,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

Tags: bekalan airKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd