• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajal Balik Asrama Lepas Beli Makanan, Maut Dirempuh Bas

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pelajar perempuan yang baru seminggu melanjutkan pelajaran di Kolej Poly-Tecg MARA-KESEDAR Gua Musang, Kelantan menemui ajal apabila dirempuh sebuah bas persiaran ketika berjalan kaki pulang ke asramanya, pada petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata siasatan awal pihak polis mendapati ketika tiba di perhentian bas untuk menurunkan penumpang, pemandu bas itu Mohd Rashid Yaacob, 53, tiba-tiba pengsan menyebabkan bas hilang kawalan.

Ia kemudian bergerak sendiri ke hadapan lalu melanggar pelajar itu Nurkhairunnisa Hamzah, 20, bersama empat lagi rakannya.

MENARIK – SPAD Siasat Kemalangan Bas Korban Lapan Nyawa

Nurkhairunnisa kemudian tercampak berhampiran longkang di perhentian bas dan maut di tempat kejadian kerana kecederaan teruk di kepala.

Nurkhairunnisa merupakan pelajar jurusan Pengurusan Sumber Manusia di kolej berkenaan.

Dua rakan Allahyarham, Nor Aina Sofea Mohd. Salleh, 20, cedera parah di bahagian paha serta pendarahan di kepala dan Norhasili Shafikah Hasbullah, 20, mengalami kecederaan di tengkuk.

Manakala dua lagi rakannya Siti Nurfalinda Mohd. Asri, 18, dan Nur Asila Atiqah Shaharuddin, 18, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Saiful Bahri memaklumkan jenazah Nurkhairunnisa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk dibedah siasat dan telah dituntut oleh keluarganya pagi tadi untuk dikebumikan di Rawang.

“Pemandu bas yang dilaporkan sakit perut sebelum pengsan kini sedang dirawat di HGM,” katanya.

Ajal Nurkhairunnisa terjadi ketika mereka baru sahaja membeli makanan di sebuah tapak ekspo bersebelahan perhentian bas berkenaan.

Bas berkenaan turut melanggar sebuah kenderaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diparkir berhampiran.

Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987. -MYNEWSHUB.CC

Kemalangan Bas Di China

Tags: baskemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Bas Shuttle Percuma Disediakan Sempena Aksi JDT Vs Chelsea

Bas Shuttle Percuma Disediakan Sempena Aksi JDT Vs Chelsea

08/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma disediakan kepada penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) yang akan menyaksikan perlawanan JDT menentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd