• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia: Setiausaha Agung PBB Ucap Takziah

oleh Ahmad Albab
02/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengutuskan “ucapan takziah dengan sepenuh ikhlas” beliau kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia yang terhempas di Laut Jawa Ahad lepas.

Dalam kenyataan pada Khamis, seorang jurucakap PBB berkata Ban juga menyampaikan ucapan takziah kepada “kerajaan dan rakyat negara asal mereka, terutama Indonesia, yang mengalami kehilangan paling besar” serta mengucapkan terima kasih kepada “kerajaan yang menyertai usaha mencari pesawat yang hilang itu atas respons segera dan kecekapan mereka”.

Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 hilang daripada pengesanan radar pada 8 Dis ketika terbang dari Surabaya, Indonesia, ke Singapura bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

Mayat dan serpihan pesawat itu ditemukan di perairan berhampiran Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah, Indonesia, dan ketika ini usaha mencari diteruskan walaupun Laut Jawa mengalami cuaca buruk.

Nahas yang menimpa pesawat itu dan beberapa kejadian kehilangan pesawat sebelum ini mendorong pakar penerbangan mengulangi gesaan mereka agar perubahan dilakukan terhadap proses menjejaki pesawat komersial.

Gesaan itu pertama kali disuarakan pada Mei tahun lepas, kira-kira dua bulan selepas sebuah pesawat Malaysia Airlines, Penerbangan MH370, meninggalkan Kuala Lumpur untuk menuju ke China. – BERNAMA

Tags: AirAsiaPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memanfaatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengesahkan kehadirannya pada Sidang Kemuncak ASEAN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd