• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Keluarga Terharu Najib Ziarah Nik Aziz

oleh Ahmad Albab
01/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli keluarga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terharu ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menziarahi pemimpin utama PAS itu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) semalam.

Anak Nik Abdul Aziz, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau dan ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menziarahi bapanya yang yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan akibat menderita kanser prostat.

“Terima kasih atas ziarah Datuk Seri Najib Tun Razak kepada ayahanda semalam. Walau sekejap dan ayahanda keletihan, ia bermakna buat kami sekeluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam pada itu memaklumkan tahap kesihatan bapanya semakin baik kerana mampu jalani proses rehabilitasi dengan baik.

“Alhamdulillah, ayahanda telah mampu jalani proses rehabilitasi dengan baik, meningkat dari hari ke hari. Semalam ayahanda dibawa ke bilik fisioterapi untuk latihan berdiri. Syukur, ayahanda boleh berdiri dengan sokongan sekitar setengah jam,” katanya.

Media semalam melaporkan Najib meluangkan masa untuk melawat Mursyidul Am PAS kira-kira pukul 2.15 petang dengan diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 10 minit bagi melihat sendiri perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar itu yang dirawat di hospital berkenaan sejak 20 Januari lalu.

Tags: Najib Tun RazakNik Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Gelaran Tan Sri Pengiktirafan Buat Perjuangan Nik Aziz, PAS’

‘Gelaran Tan Sri Pengiktirafan Buat Perjuangan Nik Aziz, PAS’

05/06/2023
0

Gelaran anumerta (posthumous) 'Tan Sri' yang dikurniakan kepada bekas menteri besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah pengiktirafan atas...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd