• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuyik Makan Banyak Sehari Sebelum Pergi – Ibu

oleh AK-47
06/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBU kepada Muhammad Zulhazriq Danish Alden, 5, mengakui berasa susah untuk menerima kematian anak bongsunya itu namun terpaksa pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi.

Menceritakan detik malang yang berlaku, Nor Sahura Sahara Muhammad, 35, berkata ketika kejadian dia berada dalam rumah dan sedang mencuci pinggan mangkuk selepas selesai makan tengahari bersama anak-anaknya.

kuyik wm

“Selesai basuh pinggan, saya duduk tengok tv dan ketika itulah anak keempat saya berlari beritahu Kuyik (nama manja Zulhazriq) terjatuh,” katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui Mynewshub di kediamannya, hari ini.

Menyifatkan anaknya seorang yang mudah dijaga, Sahura mengatakan arwah juga seorang yang pemalu dan tidak banyak cakap.

“Dia suka berkepit dengan saya. Kalau saya nak pergi mana-mana saya bawa dia bersama. Dia nak turun bawah seorang diri pun tak berani. Dia selalu main dalam rumah je.

“Malam sebelum dia pergi, tiada sebarang perubahan pun cuma dia makan dalam kuantiti yang banyak sangat. Selalunya dia tak nak makan sampai tahap kena paksa,” katanya.

Sahura berkata kehidupannya kini berasa sangat sunyi setelah kehilangan anak bongsunya itu kerana arwah memang sentiasa menemaninya tak kira masa dan keadaan.

“Saya rasa kosong, sunyi sebab dia yang teman saya. Saya tengok tv, dia duduk sebelah,” katanya lagi sayu.

kuyik wm 2

Sehubungan insiden tragik yang menimpa anaknya, Sahura berharap pihak berwajib mengambil langkah keselamatan sepatutnya agar kejadian itu  tidak berulang kepada anak penduduk-penduduk lain di situ.

“Saya berharap pihak bertanggungjawab pantau dan betulkan (jeriji besi yang patah). Palang pun tiada, yang ada palang pun penduduk buat sendiri,” katanya merujuk kepada inisiatif diambil sesetengah penduduk yang meletak kayu bagi menutup lubang luas pada jeriji yang telah tercabut.

Selain Muhammad Zulhazriq, Sahura mempunyai empat anak lain iaitu Nur Diana, 15, Muhammad Zulhisham, 12, Nur Aldira, 10 dan Muhammad Zulhaikal, 7.

Bapa kandung Zulhazriq, Alden Madini, 37, telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

Sahura baharu sahaja mendirikan rumah tangga dengan seorang penjawat awam, tahun lalu.

Adik Zulhazriq meninggal dunia pada jam 4.00 petang, Rabu selepas terjatuh melepasi jeriji besi yang tercabut di Perumahan PPR Seksyen 8, Kota Damansara. -MYNEWSHUB.CC

BERITA BERKAITAN: Budak 5 Tahun Maut Jatuh Tingkat 6 Akibat Balkoni Berlubang

KUYIKKK

 jeriji

jeriji1
Sehari selepas kejadian, jeriji besi ditutup dengan dawai oleh penduduk.

Oleh:  JULIANA JOHAR

Tags: kematian
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

08/02/2024
0

TAWAU: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan sengaja menyebabkan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd