• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Lelaki Myanmar Akan Didakwa Bunuh Rakan Senegara

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sembilan daripada 12 lelaki Myanmar yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan rakan senegara mereka di Pulau Pinang akan didakwa di beberapa mahkamah esok dan lusa.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis telah mendapat arahan daripada Ketua Unit Perundangan negeri untuk mendakwa sembilan lelaki terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Beliau berkata dua lelaki lagi akan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 manakala seorang akan dibebaskan kerana didapati tidak terlibat dalam kejadian itu.

“Mereka (sembilan lelaki) akan didakwa esok dan lusa di mahkamah di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan mengikut lokasi kejadian pembunuhan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini hari ini.

Kes pembunuhan melibatkan rakyat negara itu mendapat perhatian apabila kumpulan rakyat Myanmar terbabit dikatakan memotong anggota badan mangsa mereka dan membuangnya di beberapa tempat di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam di sini.

Sejak awal tahun lepas, 21 kes pembunuhan rakyat Myanmar dilapor di Pulau Pinang dan pada peringkat awal mayat dibungkus dengan kain putih seperti dikafan dan ditinggalkan di tepi-tepi jalan.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis akan menggunakan semua elemen termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi mengesan empat lagi lelaki Myanmar yang dipercayai anggota kumpulan rakyat Myanmar yang kini ditahan.

Beliau berkata mereka dikenali sebagai Mohd Yahyar Khan Mohd Rafie, 42, dan merupakan pemegang kad UNHCR bernombor 354-13C05627; Lokman dan Gemuk berusia lingkungan 20-an serta seorang lagi berusia 30-an dipercayai telah keluar dari Pulau Pinang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung empat lelaki berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Abdul Rahim berkata usaha mengesan kumpulan kedua yang disyaki terlibat dalam kes sama juga giat dijalan dan polis kini mengumpul maklumat mengenai mereka.

Beliau berkata ada antara mereka yang identitinya telah dikenal pasti dan mereka dipercayai bersembunyi di beberapa lokasi di negara ini. – BERNAMA

Tags: kes bunuhmahkamah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Wilayah Persekutuan, DBKL Bantu Mangsa Banjir

Next Post

Ancaman Bom KLCC, Datuk Bandar Risau Ia Dikaitkan ISIS

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

30/04/2025
0

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di sebuah pondok di...

Next Post

Ancaman Bom KLCC, Datuk Bandar Risau Ia Dikaitkan ISIS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd