KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,104 rumah di Petaling di sini dijangka mengalami gangguan bekalan air selama dua hari bermula 6 Februari ini.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam satu kenyataan media memberitahu, gangguan bekalan iru disebabkan kerja-kerja pemasangan dua peralatan saluran air di SS1, Kampung Tunku.
“Gangguan bekalan air dijangka berlaku di seluruh kawasan SS1 dan sebahagian kawasan
SS9A dan Seksyen 22. Gangguan ini dijangka berlaku pada 6 Februari dari pukul 9 malam hingga 8 pagi keesokannya,” kata kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, Syabas menasihatkan penduduk di kawasan terlibat menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara itu serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan berlaku.
“Para pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

