• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Baharu Arab Saudi Hafaz Al-Quran, Disiplin Jaga Waktu

oleh
28/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Siapakah sebenarnya Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud, iaitu raja baharu bagi Arab Saudi pada Jumaat minggu lalu? Mungkin ramai yang setakat berkata, baginda ialah raja yang memerintah ‘negara minyak’ terkaya di dunia ini.

Namun, tahukah anda, pada usia semuda 10 tahun, Raja Salman sudah pun menghafaz Al-Quran di bawah bimbingan imam Masjidil Haram, Sheikh Abdullah Khayat, malah baginda juga disifatkan sebagai seorang yang warak.

Raja Salman khatam Al-Quran tiga kali pada setiap bulan suci Ramadan, menurut kenyataan Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi, maka tidak hairanlah, raja baharu itu dilaporkan seorang yang memiliki daya ingatan amat kuat.

Baginda antara penyumbang terbesar untuk Palestin termasuk menyokong perjuangan allahyarham presiden Yasser Arafat. – Gambar hiasan

Baginda menerima pendidikan awalnya di Sekolah Putera-Putera di ibu kota, Riyadh bagi mempelajari subjek pendidikan agama dan sains moden, namun Raja Salman dikatakan lebih berminat terhadap pengajian sains sejak usia kecil lagi.

Ibarat ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kepandaian sains juga diwarisi anakandanya. Tahukah anda, Raja Salman ialah ayahanda kepada Putera Sultan, yang menjadi angkasawan Muslim pertama di dunia pada tahun 1980-an.

Seorang lagi anakanda lelakinya, Putera Khaled, dilaporkan menjadi antara juruterbang tentera yang menjalankan serangan udara terhadap kumpulan militan Daulah Islamiyah (IS) di Syria tahun lalu, menurut stesen penyiaran Amerika Syarikat (AS), CNN.

Anakanda Raja Salman, Putera Sultan pernah menjadi angkasawan Muslim pertama di dunia. – Gambar hiasan

Portal berita Arabnews.com pula menulis, sebagai seorang individu, Raja Salman seorang yang sangat menjaga masa, dan tidak suka lambat bahkan baginda sampai ke pejabat tepat pada masanya setiap hari, sepanjang tahun.

Lantaran itu, Raja Salman kurang suka jika orang membazirkan masa baginda kerana baginda rajin melawat orang sakit dan menghadiri upacara pengebumian di tengah-tengah kesibukan dan jadual padat rasmi sebagai putera mahkota dahulu.

Raja yang menjadi pengamanah Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah itu juga dilaporkan seorang yang penyabar, laman berita Saudi Gazette melaporkan.

Raja Salman (kanan) berbual mesra dengan Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Shariff. – Gambar hiasan

Pernah pada suatu hari, seorang lelaki Arab Saudi yang berjumpa dengan baginda melanggar semua protokol, malah bercakap dengan kasar dan tanpa budi bahasa terhadap Raja Salman yang ketika itu merupakan Gabenor Riyadh.

Namun, setelah mendengar rungutan lelaki berkenaan, baginda tidak marah sebaliknya ketawa dan menyuruh lelaki itu duduk bertenang sambil menambah, jika lelaki itu berhak, baginda akan mendapatkan apa yang diinginkan orang biasa tersebut.

Pada umumnya, kerabat diraja Arab Saudi sememangnya ‘meriah’ sehingga majalah antarabangsa The Economist pernah melaporkan, keluarga besar Saud yang ditubuhkan awal kurun ke-20 lalu ada sehingga 15,000 putera dan puteri.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama (kiri) amat menghormati Raja Salman sebagai penjaga dua kota suci umat Islam. – Gambar hiasan

Satu kabel diplomatik kedutaan AS di sini yang dibocorkan oleh laman WikiLeaks menyifatkan Raja Salman yang dilahirkan pada 31 Disember 1935, sering menjadi ‘pengadil’ dalam menyelesaikan pertikaian anggota kerabat diraja.

Walaupun baginda merupakan raja ketujuh Saudi yang diasaskan pada 1932, bekas duta AS ke Riyadh, Robert Jordan pernah dipetik akhbar New York Times sebagai berkata, Raja Salman seorang pentadbir cekap, tidak rasuah dan sangat berpendidikan.

Pemimpin baharu itu juga terkenal dengan kerja kebajikan sebagai presiden Pusat Putera Salman bagi Kajian Golongan Kurang Upaya, presiden kehormat Persatuan Kebajikan Putera Fahd bin Salman bagi Jagaan Pesakit Ginjal dan presiden kehormat Pusat Pemindahan Organ Saudi.

Baginda yang kini berusia 79 tahun itu banyak menerima pelbagai pingat bagi usaha kemanusiaan termasuk daripada Perancis, Bahrain, Maghribi, Palestin, Filipina, Yaman dan Pertubuhan Bangsa Bersatu. – Agensi/MYNEWSHUB

Tags: Arab SaudiKerajaanMakkahRaja Salman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd