• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontroversi Peluk: Penganjur Konsert K-Pop Mohon Maaf

oleh AK-47
13/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGANJUR konsert artis K-Pop B1A4, TGM Events membuat permohonan maaf di atas perkara berbangkit mengenai konsert itu yang menjadi viral di media sosial, semalam.

Memetik laporan media tempatan, penganjur mengatakan mereka akan lebih berhati-hati selepas ini dalam perkara membabitkan soal budaya dan agama serta interaksi melibatkan peminat dan artis.

TGM Events turut menjelaskan insiden peminat wanita bertudung yang memeluk penyanyi berkumpulan dari Korea itu yang menjadi perdebatan hangat sejak semalam.

“Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka. Artis, pengurusan artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas.

“Ia juga bukan sebahagian dariapada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat.

“Bagaimanapun, memandangkan ini menjadi acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin hubungan baik antara artis dan peminat.

“Sebelum acara bermula, hos acara sudah mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi berkenaan. Soal menghalang peminat daripada melakukan aktiviti yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa kami,” katanya.

artis-kpop

kpop

Penganjur turut menyatakan, pihak mereka tidak akan mendedahkan identiti ataupun sebarang maklumat mengenai peminat wanita yang terlibat kerana ingin melindungi privasi mereka termasuk dari aspek fizikal dan psikologi.

Peminat wanita bertudung penyanyi Korea tersebut menimbulkan kekecohan di media sosial akibat tingkah laku mereka yang dikatakan ‘over’ beraksi mesra dengan idola mereka sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan adab sopannya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Korea Pop
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu K-Pop – Inilah Perbandingan Paling Luar Konteks

13/01/2015
0

Isu beberapa gadis Islam bertudung membenarkan diri mereka dipeluk dan dicium artis sebuah kumpulan K-Pop dari Korea masih belum reda...

Inilah Video Gadis Melayu Dipeluk, Dicium Artis K-Pop

14/01/2015
0

Pasti ramai yang masih keliru dengan kes gadis muslim yang dipeluk atas pentas oleh artis K-pop. Kami hanya mampu geleng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd