Sebelum ini, penyanyi Yuna dilaporkan dalam dilema untuk beraksi pada Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) kerana jadualnya padat pada Januari depan.
Bagaimanapun, menerusi laporan media tempatan, dia nampaknya sudah menemui pengganti bagi melantunkan lagu ‘Lelaki’ itu nanti.
(Baca: Yuna Dilema Sertai AJL29 Kerana Jadual Padat)
Penyanyi yang terpilih ialah Najwa Mahiaddin yang baru-baru ini tampil dengan imej berhijab.
Sebelum ini, Yuna juga pernah menggunakan khidmat penyanyi Aizat bagi menyanyikan lagu ‘Terukir di Bintang’ pada anugerah yang sama dua tahun lalu.
Aizat berjaya menyampaikan amanah yang diberikan dengan cukup baik dengan gayanya yang tersendiri sehingga melayakkan lagu tersebut muncul juara.
Mungkinkah untuk lagu kali ini, Najwa dapat menyampaikannya dengan gaya tersendiri atau mungkin juga dibayangi Yuna?
Bagi kami Najwa sememangnya pilihan tepat kerana anak TPM ini memiliki vokal yang amat hebat. Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu dan lihat…  – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=bsAx1d3OkoQ
Oleh: ELZA


