• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Singapura Terkejut Teman Wanitanya Penumpang QZ8501

oleh AK-47
30/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang lelaki warga Singapura yang merupakan teman lelaki Maria Florentina Widodo, penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang semalam, masih terkejut dengan insiden yang menimpa kekasihnya itu.

Ketika dihampiri media yang berkumpul di luar ruang menunggu Terminal 2, Lapangan Terbang Changi di sini hari ini, lelaki yang enggan dikenali itu kelihatan tergesa-gesa kerana mahu mendapatkan penerbangan ke Surabaya untuk berjumpa keluarga teman wanitanya.

“Saya masih terperanjat dengan berita kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dan mahu ke Surabaya sekarang supaya boleh mendapatkan perkembangan terkini mengenai pesawat tersebut,” katanya sebelum masuk ke ruang menunggu waris keluarga dan rakan-rakan penumpang pesawat berkenaan.

Beliau berkata teman wanitanya itu dijadual pulang ke Singapura semalam selepas bertemu keluarganya di Surabaya.

Sementara itu, seorang ejen pembekal pembantu rumah yang enggan dikenali, berkata Yuni Astutik, 40, dari Ponorogo, adalah antara penumpang pesawat tersebut.

Beliau berkata Yuni pulang ke Surabaya bulan lepas kerana mempunyai urusan di kampungnya.

“Saya diminta hadir oleh majikannya untuk menyerahkan beberapa dokumen penting berkaitan Yuni untuk diserahkan kepada Kementerian Tenaga Manusia Singapura,” katanya-BERNAMA

Tags: AirAsia Indonesia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

NGERI… Kuala Krai Selepas Banjir Memang Macam Tsunami Melanda!

Next Post

Kedutaan Indonesia Sedia Bantu Salur Maklumat

Related Posts

Gurauan Bawa ‘Bom’, Penerbangan Tertunda 2 Jam

23/07/2016
0

BALIK PULAU (Pulau Pinang) - Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka,...

Pesawat Trigana Air Terhempas Di Papua Bawa 6.5 Bilion Rupiah

17/08/2015
0

NAHAS pesawat Trigana Air milik Indonesia yang dilaporkan terhempas di satu kawasan pergunungan di Papua disahkan membawa sejumlah wang bernilai 6.5...

Next Post

Kedutaan Indonesia Sedia Bantu Salur Maklumat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd