• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedutaan Indonesia Sedia Bantu Salur Maklumat

oleh AK-47
29/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR- Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia bersedia membantu menyalurkan maklumat terutama sekali kepada keluarga penumpang Malaysia yang terlibat dalam kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501, kata Duta Besar Indonesia di Malaysia, Herman Prayitno.

“Kalau warga Malaysia yang kena musibah itu lapor ke kedutaan, kita juga akan bantu menyampaikan kepada AirAsia…saya kira mudah-mudahan sudah ditemui keluarga yang di Malaysia ini oleh AirAsia,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Bernama hari ini melaporkan Universiti Teknologi Mara Sarawak mengesahkan bahawa Sii Chung Huei, satu-satunya rakyat Malaysia yang menaiki pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 yang hilang itu, adalah suami Prof Madya Annie Wong Muk Ngiik.

Herman berkata pusat pelaporan disediakan di (lapangan terbang) Surabaya, Jakarta dan di Singapura kerana pesawat AirAsia itu adalah dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang membantu dengan menghantar tiga kapal Tentera Laut Diraja Malaysia pada Ahad malam untuk menyertai operasi mencari pesawat itu yang akan diselaraskan oleh Indonesia.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menghubungi Presiden Indonesia Joko Widodo dan melahirkan keprihatinannya kepada Presiden Indonesia itu berhubung insiden kehilangan pesawat AirAsia itu.

Terdahulu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga telah bercakap dengan Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu manakala Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan akan memberi kerjasama penuh dengan Indonesia dalam usaha mencari dan menyelamat.

Herman berkata selain Malaysia, Indonesia juga menerima bantuan daripada Singapura dan Australia.

Laporan berita menyebut Amerika Syarikat, Britain, Korea Selatan dan India turut menawarkan bantuan meliputi kapal terbang, kapal tentera laut sehinggalah kepada pakar dan anggota penyiasat.

Penerbangan QZ8501 yang membawa 162 orang, berlepas pada 5.20 pagi dari Surabaya, Indonesia semalam, dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Changi di Singapura pada 8.30 pagi. Kali terakhir ia menghubungi pusat kawalan Trafik
Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Mereka yang berada dalam penerbangan itu terdiri daripada 155 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, dan masing-masing seorang warga Singapura, Malaysia, United Kingdom dan Perancis.- BERNAMA

Tags: AirAsia Indonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gurauan Bawa ‘Bom’, Penerbangan Tertunda 2 Jam

23/07/2016
0

BALIK PULAU (Pulau Pinang) - Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka,...

Pesawat Trigana Air Terhempas Di Papua Bawa 6.5 Bilion Rupiah

17/08/2015
0

NAHAS pesawat Trigana Air milik Indonesia yang dilaporkan terhempas di satu kawasan pergunungan di Papua disahkan membawa sejumlah wang bernilai 6.5...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd