Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Negeri Perlu Prihatin...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan perlu prihatin terhadap nasib malang menimpa Persatuan Bola...

Kembar Ini Lahirkan Anak...

PELIK bin ajaib... Sepasang adik-beradik kembar bernama Sarah Mariuz dan Leah Rodgers, 35,...

“Ada Bantahan Anwar Jadi...

PERDANA Menteri, Dr. Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan akan melepaskan kepimpinan kerajaan...

Nik Abduh Ejek DAP...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS yang baharu, Nik Mohamad Abduh Nik...

Wanita Mati Otak Dikekalkan Hidup Demi Fetus

Seorang wanita yang mengalami keadaan kematian otak dikekalkan hidup bagi membolehkan fetus berusia 17 minggu dalam rahimnya diselamatkan.

Tindakan itu tidak dipersetujui kedua ibubapa wanita berkenaan tetapi pihak doktor di Mullingar’s Midland Regional Hospital, Ireland tetap berbuat demikian sejajar dengan undang-undang negara itu yang menuntut fetus dalam keadaan tertentu mesti dipertahankan.

Wanita dalam lingkungan usia 20-an itu mengalami kecederaan dalaman yang sangat parah, menurut laporan Irish Independent.

Bayi dalam rahimnya masih hidup manakala wanita itu terpaksa dikekalkan dengan alat bantuan hayat yang ditentang kedua ibubapanya namun ada ahli keluarga lain yang bersetuju dengan cara berkenaan.

Fetus kerap kali tidak mampu hidup di luar rahim sebelum berusia 24 minggu.

Pakar Undang-Undang Perubatan, Dr Adam McAuley berkata, Mahkamah Tinggi Dublin kemungkinan besar akan memutuskan wanita berkenaan dikekalkan hidup menggunakan bantuan hayat dalam usaha memastikan bayi berkenaan matang dan dapat dilahirkan serta selamat.

Pegawai perubatan dilaporkan sedang berusaha mengumpul pandangan peguam berhubung langkah mereka yang seterusnya.


Pada tahun lepas, Ireland meminda undang-undang berhubung penguguran bayi bagi membolehkan ibu yang mempunyai risiko mengandung atau melahirkan anak berbuat demikian.

Menteri Perubatan negara itu, Leo Varadkar bagaimanapun berpendapat, undang-undang di negaranya masih ketat walaupun langkah demikian dibenarkan.-MYNEWSHUB

Understanding Brain Death – English

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori