Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

PPBM Kini Dilanda Gelombang...

BALIK PULAU - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Lelaki Maut Terhidu Asap...

GEORGETOWN - Seorang lelaki maut dipercayai akibat terhidu asap berlebihan selepas sistem audio...

Rugi Sektor Pengangkutan Tak...

KUALA LUMPUR - Aplikasi mudah alih telefon pintar atau ‘e-hailing’ untuk mendapatkan perkhidmatan...

Remaja Lemas Ada Penyakit...

KOTA TINGGI - Remaja perempuan yang lemas di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar...

Wanita Kanada Ditawan IS Di Syria Dakwa Selamat

OTTAWA – Seorang wanita dari Kanada yang ditawan oleh anggota jihad di Syria dikatakan berada dalam keadaan selamat, menurut maklumat dalam posting Facebook wanita itu semalam.

“Saya ingin maklumkan bahawa saya selamat,” kata maklumat yang dikemas kini dalam akaun Gill Rosenberg itu.

Namun, kesahihan maklumat dalam Facebook itu tidak dapat dipastikan.

Wanita yang mempunyai dwi-kewarganegaraan Kanada dan Israel itu yang pernah berkhidmat dengan Pasukan Pertahanan Israel, tampil untuk memberi khidmat sukarela kepada Kurdis.


Menurut badan pemantau yang berpusat di Amerika Syarikat, SITE, anggota jihad Negara Islam (IS) mendakwa seorang wanita yang disifatkan sebagai ‘askar Zionis wanita’ ditawan di pekan Kobani di sempadan Syria dan sesetengah anggota jihad menyatakan dia adalah Roseberg.

Dalam posting di Facebook, Roseberg berkata dia tidak mempunyai akses ke internet atau alat komunikasi lain di medan peperangan, justeru tidak dapat selalu menjawab emel atau pesanan menerusi laman media sosial.

Dia menggesa penyokongnya supaya tidak mengendahkan laporan ‘pembohongan’ mengenai penculikannya. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori