• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Pegawai Polis Kejutkan ‘Pencuri’ Telur

oleh AK-47
17/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ada cerita menarik di sebalik ekspresi wajah terkejut wanita bernama Helen Johnson ini.

Awal bulan lalu, dia dan keluarganya yang terdiri daripada dua anak perempuan, seorang anak saudara dan dua cucu terpaksa berlapar selama dua hari kerana tidak mampu untuk membeli makanan.

Berbekalkan wang sebanyak $1.25 (RM4.37), Helen pergi ke sebuah pasaraya dengan harapan dapat membeli beberapa biji telur.

Malangnya, wang tersebut tidak mencukupi sehingga memaksanya menyembunyikan lima biji telur di dalam poket bajunya.

Ternyata Helen bukanlah ‘pencuri hebat’ kerana telur tersebut pecah sekaligus menyebabkan dia ditahan dan pihak pasaraya telah menghubungi polis.

Bagaimanapun, pegawai yang dihantar ke lokasi, William Stacy mengambil keputusan yang mengejutkan iaitu dengan tidak menahan wanita itu.

Sebaliknya, dia membeli satu karton telur untuk Helen selepas berbincang dengan pengurus pasaraya itu.

“Dia mula menangis, sangat beremosi dan memohon maaf. Dia juga cuba memberi wang yang ada padanya kepada saya,” kata William.

Seminggu kemudian, Helen dikejutkan dengan kehadiran pegawai polis itu bersama beberapa lagi pegawai yang lain di kediamannya di Tarrant, Alabama.

Kali ini, mereka membawa dua trak penuh makanan hasil sumbangan orang ramai selepas video kejadian di pasaraya itu tersebar.

“Kali terakhir saya melihat makanan penuh di rumah ialah ketika tinggal di rumah nenek sewaktu berusia 12 tahun. Saya menangis sepanjang hari,” ujar Helen penuh kesyukuran.

Bagi William pula, keputusan yang diambilnya pada hari kejadian itu telah menjadikan kehidupan keluarga tersebut lebih baik dari sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO: Pegawai Polis Beri Kejutan Kepada 'Pencuri' Telur

VIDEO: Pegawai Polis Beri Kejutan Kepada 'Pencuri' Telur

 

(Sumber: Facebook Frank Somerville KTVU / Daily Mail)

Oleh: ELZA

 

Tags: kisah teladanluar negarapolisvideo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd