Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis Direman Kes...

SHAH ALAM - Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga...

Jet Valet Beri Kerjasama...

Kuala Lumpur : Jet Valet Sdn Bhd yang juga syarikat pengendali bagi pesawat...

110 Petani Kelantan Terima...

BACHOK - Sebanyak 110 petani termasuk di kawasan terjejas banjir di Kelantan menerima...

‘Duit Minyak’ Sebahagian Bajet...

PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) tidak melakukan sebarang kesalahan pada pilihan raya...

Video: Kaedah Paling Cepat & Mudah Lipat Kain

Dalam banyak-banyak kerja rumah, ramai yang mengakui melipat kain merupakan satu pekerjaan yang amat leceh dan memenatkan.

Tambahan pula, kerja-kerja melipat kain ini boleh dianggap sebagai satu kerja rutin yang wajib dilakukan bagi mengelakkan timbunan kain memenuhi ruang legar rumah.

Maka tidak hairanlah, di zaman moden ini terciptanya pelbagai versi alat untuk melipat kain.

Bagi yang terlalu sibuk dalam kerjaya pula, terdapat juga servis melipat kain yang dilaksanakan oleh beberapa buah syarikat di Kuala Lumpur.

Semua ini gara-gara ingin menyenangkan kerja-kerja rumah yang menimbun terutamanya kepada kaum ibu.

Hah, ini ada salah satu cara yang amat mudah dan cepat yang boleh dipraktikkan bagi menyelesaikan masalah pengurusan kain anda.


Jom kita saksikan…
https://www.youtube.com/watch?v=ohElfy3cJ-c

Mudah bukan?

Yang menariknya, tanpa mengeluarkan sesen wang anda, baju-baju anda akan kelihatan kemas dan teratur dengan hanya mempraktikkan kaedah ini.

Semudah 1..2..3, anda pasti tersenyum mengetahui kaedah mudah sebegini bakal meringankan kerja-kerja seharian anda.

Selamat mencuba! –  MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori