Mungkin di Malaysia, Kelab Bola Sepak JDT menjadi sebutan berbanding dengan kelab-kelab lain.
Tetapi di Thailand, Kelab Bola Sepak Panyee FC boleh di kelaskan sama gahnya dengan Kelab JDT di Malaysia.
Kelab tersebut merupakan antara kelab bola sepak paling menonjol dan hebat di negara Gajah Putih.
Namun, apa yang menarik ialah latar belakang kelab tersebut.
Jika dilihat dari sudut geografi, kelab ini sebenarnya berasal dari kepulauan kecil Koh Panyee.
Bila difikirkan semula, mana boleh kelab ini boleh jadi superstar dalam Thailand, betul tak?
Hasil inspirasi daripada perlawanan Piala Dunia 1986, sekumpulan anak muda di pulau tersebut telah menubuhkan pasukan bola sepak sendiri walaupun kampung mereka dikelilingi laut dan tiada padang.
Dengan hanya menggunakan ‘padang bola buatan sendiri’ mereka mampu membawa nama Koh Panyee di merata Thailand!
Sehingga kini, lebih empat juta orang telah menyaksikan klip video ini yang menceritakan bagaimana satu impian ditukar menjadi kenyataan.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

