Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Wanita Didakwa Gubah Wang...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Arah Tangkap Pasangan Menari...

RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi mengarahkan siasatan segera dan menangkap satu pasangan...

Senarai Penuh Kabinet Kerajaan...

KUALA LUMPUR : Berikut adalah senarai Anggota Jemaah Menteri mengikut susunan kekananan.Ikuti Mynewshub: TelegramPerdana...

Tiada Paras Selamat Alkohol...

Menurut beliau, mereka yang berada di bawah pengaruh alkohol tidak berkemampuan untuk mengendalikan kenderaan.

Vaksin Denggi Sudah Memadai, Kata Pakar

KUALA LUMPUR – Seorang pakar denggi Malaysia menggesa Kementerian Kesihatan menjalankan ujian lapangan bagi vaksin denggi baru memandangkan wujudnya kebimbangan akan kemujaraban vaksin itu bagi jenis denggi tertentu.

Profesor Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit, Perunding Penyelidikan Impak Tinggi di Universiti Malaya, berkata ujian dalam persekitaran masyarakat adalah berbeza daripada ujian kemujaraban.

“Banyak vaksin baru menjalani demonstrasi seperti itu untuk menunjukkan keberkesanan penggunaan vaksin dalam senario sebenar atau persekitaran masyarakat termasuk penerimaan orang ramai terhadap vaksin itu,” kata Dr Lam yang telah lebih 40 tahun terlibat dalam penyelidikan penyakit tropika.

Menurut Pengerusi lepas Jawatankuasa Pemandu Vaksin hingga Permvaksinan Denggi Asia Pasifik, vaksin itu hanya boleh dijual kepada orang ramai sekiranya kadar kejayaan adalah 80 peratus dan lebih.

Syarikat pengeluar vaksin itu, Sanofi Pasteur, mengumumkan bulan lalu hasil peringkat terakhir kajian klinikal dan seterusnya mengumumkan yang ia akan memperkenalkan kepada dunia vaksin denggi itu.

Vaksin itu kini dalam proses pengeluaran dan ia dijangka dipasarkan pada separuh kedua tahun depan.

BIMBANG AKAN KEMUJARABAN
    
Menurut syarikat pengeluar ubat-ubatan Perancis itu, hasil kajian terakhir ke atas vaksin denggi menunjukkan 60.8 peratus keseluruhan kemujaraban terhadap penyakit itu.

Kajian itu membabitkan lebih 31,000 peserta di negara-negara yang terdapat penyakit denggi di Amerika Latin dan Asia, termasuk Malaysia.
Ujian klinikal pertama dibuat ke atas 10,275 orang kanak-kanak sihat berumur 2 hingga 14 tahun di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Pengawasan selama 25 bulan menunjukkan keseluruhan kemujaraban sebanyak 56.5 peratus.

Bagaimanapun, data menunjukkan perlindungan ‘good serotype specific’ dengan perlindungan lebih baik terhadap DEN3 dan DEN4 (75 peratus), kurang perlindungan
terhadap DEN1 (50 peratus) dan paling kurang perlindungan kepada DEN2 (35 peratus).

Bagi demam denggi berdarah, keseluruhan kemujaraban keberkesanannya adalah 88 peratus.

Ujian klinikal terakhir dijalankan terhadap 20,875 kanak-kanak berusia 9 hingga 16 tahun di lima buah negara di Amerika Latin iaitu Brazil, Columbia, Honduras, Mexico dan Puerto Rico.

Hasil ujian di negara Amerika Latin menunjukkan 50.3 peratus kemujaraban terhadap DEN1, 42.3 peratus terhadap DEN2, 74 peratus terhadap DEN3 dan 77.7 peratus terhadap DEN4.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam melahirkan keraguan memandangkan hasil ujian Asia yang dibuat pada bulan Julai hanya menunjukkan 35 peratus kemujaraban terhadap DEN2.

‘Serotype’ adalah lebih ketara di Malaysia.

MAMPU MENGURANGKAN SAKIT YANG TERUK    


Bagi Dr Lam, peratus kemujaraban bukan pembayang sebenar manfaat vaksin itu.
“Bukan sangat soal keseluruhan kemujaraban tetapi hakikat bahawa vaksin ini boleh mengurangkan tempoh tinggal di wad sebanyak 67 peratus dan menghalang denggi yang teruk sebanyak 88.5 peratus yang menjadikan hasilnya amat memberangsangkan.

“Hasil kajian Amerika Latin konsisten dengan yang dilihat dalam ujian Asia.
“Dalam kajian itu, keseluruhan kadar kemujaraban adalah 60.8 peratus dengan 80.3 peratus pengurangan risiko kemasukan ke wad dan 95.5 peratus pengurangan denggi yang teruk. Tidak ada juga simptom teruk yang berlaku dalam kedua-dua ujian,” katanya.

Kajian yang dijalankan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan kerjasama Brandeis University pada tahun 2012 menunjukkan beban ekonomi akibat penyakit denggi di Malaysia bernilai kira-kira RM360 juta setahun.

Ini tidak termasuk kos kawalan vektor yang boleh dianggap tinggi juga.
Dari Januari hingga September 2014, sebanyak 74,335 kes denggi dilaporkan  dengan 143 kematian.

Menurut Dr Lam, sekiranya matlamat kerajaan adalah untuk mengurangkan kemasukan ke wad dan kesan teruk penyakit itu, projek perintis perlu menyasarkan kanak-kanak dalam lingkungan umur lebih tinggi dan orang muda.

Menurut Kementerian Kesihatan, kebanyakan kematian denggi di Malaysia berlaku di kalangan mereka yang berusia antara 25 dan 30 tahun.

“Tindak balas vaksin terhadap kanak-kanak yang lebih tua dan orang muda adalah lebih baik memandangkan vaksin denggi berfungsi paling baik untuk mereka yang mempunyai antibodi semulajadi terhadap denggi,” kata Dr Lam.

Beliau lalu menggesa Kementerian Kesihatan supaya menimbangkan untuk menggunakan vaksin itu bagi kajian perintis melibatkan masyarakat di mana penyakit denggi banyak berlaku.

KESAN KESIHATAN ORANG AWAM

Mengulas kebimbangan Dr Subramaniam berhubung perlindungan rendah terhadap serotype DEN 2 dalam ujian klinikal, Dr Lam berkata ia tidak menjadi isu.

Beliau memetik pakar denggi yang pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa dan kumpulan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Prof Dr Duane Gubler, yang menyatakan sekiranya matlamat menggunakan vaksin adalah untuk menghalang penyakit denggi yang teruk, maka vaksin itu sudah memadai.

“Vaksin yang mempunyai kesan ke atas kesihatan orang awam sudah mencukupi.  Kita tak perlu menunggu vaksin yang sempurna,” kata Dr Gubler.

Mengulangi pandangan Dr Gubler, Dr Lam berkata WHO telah meletakkan sasaran untuk mengurangkan risiko kematian akibat denggi sebanyak 50 peratus dan mengurangkan morbiditi sebanyak 25 peratus menjelang 2020.

“Saya percaya vaksin yang ada memenuhi sasaran WHO. Kita tak boleh menunggu lagi memandangkan vaksin ini amat kita tunggu-tunggukan dalam usaha kita memerangi denggi di negara ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori