Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Remaja Jadi Janda Pada...

UMURNYA baharu sahaja 15 tahun, namun sayang seribu kali sayang apabila dia sudah...

Intipati Perutusan Khas Ekonomi...

Berikut ialah intipati Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara yang...

Seru Pocong Di Khalayak...

SERAM sejuk apabila melihat sebuah video ritual memanggil hantu pocong di khalayak ramai...

Operasi SAR Kru Kapal...

JOHOR BAHRU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 kru kapal pemusnah Amerika...

Ukraine, Pemisah Pro-Russia Bertukar Tahanan Perang

DONETSK – Kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro-Russia hari ini bertukar tahanan dan banduan perang yang membabitkan hampir 370 orang hari ini, langkah yang dianggap penting ke arah mengurangkan pertelingkahan di timur Ukraine.

Ukraine menyerahkan kira-kira 222 tahanan manakala kumpulan pemisah membebaskan 145 orang, demikian menurut agensi berita Russia, RIA Novosti.

Ia adalah pertukaran tahanan paling terbesar dalam satu masa sejak puak pemisah pro-Russia menguasai timur Ukraine pada April lalu.

Agensi berita Interfax pula memetik Svyatoslav Tsegolko, seorang jurucakap kepada Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, bahawa 146 tahanan Ukraine itu dibebaskan hari ini manakala empat lagi esok.
Sementara itu, dalam kenyataan rasmi kerajaan Ukraine menyebut 150 tahanan Ukraine sedang bersiap sedia untuk dibebaskan.


Ratusan yang lain sudah dibebaskan sejak beberapa bulan lalu.

Angka yang dikeluarkan semalam berbeza dan bas yang membawa tahanan berkenaan tiba di kawasan utara Donetsk, iaitu kubu kuat puak pemisah. – AP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori