• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Alvin Hina Institusi Beraja Dikesali

oleh Ahmad Albab
07/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Tindakan blogger kontroversi Alvin Tan yang dipercayai memuat naik kenyataan yang mempersendakan institusi beraja melalui Facebooknya, amat dikesali.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengulas tindakan Alvin atau nama sebenarnya, Tan Jye Yee, 26, berkata dia tidak sepatutnya membuat pelbagai kenyataan termasuk membantah keputusan istana kerana ia boleh mengguris perasaan pelbagai pihak tentang pandangan yang diberikan.

“Dia sepatutnya berfikir dan tahu akibatnya tentang apakah sikap dan pandangan orang ramai tentang kenyataan dibuatnya melalui posting dari luar negara ketika sedang bersembunyi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama lebih 300 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Kemaman dekat sini hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Pengarah JASA Terengganu Adli Kesah.

Alvin dipercayai memuat naik kenyataan itu di Los Angeles, California, Amerika Syarikat berdasarkan catatan lokasi di laman Facebooknya, yang mendakwa sultan tidak mempunyai kuasa untuk memberi dan menarik balik gelaran kebesaran kepada mana-mana pihak.

Status tersebut dipercayai ditujukan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas baginda menarik balik gelaran Datuk Seri daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Nov lepas.

Sebelum ini, Alvin mengeluarkan kenyataan kesat terhadap pemimpin negara dan bertindak melarikan diri ke luar negara pada September lepas.

Ahmad Shabery berkata kerajaan telah mengambil tindakan mahkamah terhadap Alvin, dan tindakannya yang melarikan diri ke Los Angeles bagi mendapatkan suaka politik dilihat sebagai pengecut.

“Kerajaan tidak pernah menghalau Alvin dari negara ini sebaliknya beliau sendiri menghukum dirinya dengan melarikan diri memohon suaka politik di Amerika Syarikat,” katanya.

Pada 18 Julai 2013, Alvin bersama pasangannya, Vivian Lee, 26, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana mempersendakan agama Islam dan bulan Ramadan di laman Facebook mereka.

Susulan itu, pada 22 Ogos lepas, mahkamah sama mengeluarkan waran tangkap selepas Alvin gagal hadir bagi sebutan kesnya. – BERNAMA

VIDEO LAMA KETIKA ALVIN DAN VIVIAN KELUAR PEJABAT SKMM DAN BACAAN AYAT SUCI KEDENGARAN

Tags: Alvin Tan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Soal Kepercayaan Tak Boleh Dipaksa’

02/07/2018
0

GARA-GARA kerap bawa watak lelaki Islam, pelakon yang semakin menyerlah menerusi drama Melayu, Alvin Chong pernah didesak segelintir peminat supaya...

Vivian Lee Letak Semua Kesalahan Terhadap Bekas Teman Lelakinya

11/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa bekas teman wanita kepada blogger, Alvin Tan, meletakkan semua kesalahan terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd