Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Perompak Larikan Kira-kira RM300,000...

ALOR SETAR - Sekumpulan perompak bertindak meletupkan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah...

PM Lancar Kerja Pembinaan...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan...

5 Gambar Muka Banduan...

RATA-RATA masyarakat yang memiliki aset pada wajah mereka lazimnya akan jadi pelaris dalam...

Syed Saddiq Dapat Pasport...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen...

Banjir : ‘Tidurlah, Tidurlah Anak Ku Sayang’

Kanak-kanak memang boleh terlelap pada bila-bila masa dan di mana-mana saja jika sudah tiba masa waktu si kecil itu tidur.

Memang seronok melihatkan gelagat kanak-kanak terlena dan kadang kala agak melucukan.

Tertidur ketika sedang duduk mungkin perkara biasa sehinggakan ada yang tertidur ketika makan ais krim,  mahupun sedang bermain.

Tetapi melihatkan anak ini yang tertidur dalam keadaan ‘sebegini’ membuatkan kami terdiam sekejap.

Melalui sebuah video yang dikongsikan, ia menunjukkan seorang bapa sedang membaca zikir bagi menidurkan anaknya yang yang disertakan dengan penjelasan ringkas berbunyi:

“Seorang bapa yang cuba menidurkan anaknya dalam keadaan banjir, anak yang masih kecil ini belum faham apa yang telah berlaku, semoga mangsa-mangsa banjir terus tabah menghadapi dugaan ini.”

Dengan kata lain, sedikit ‘habuk telah memasuki mata’ apabila kami melihatnya.

https://www.youtube.com/watch?v=5wcZlduN9WY&feature=youtu.be


Mungkin kanak-kanak ini telah terbiasa tidur apabila dizikirkan, tidak kisahlah, kotak polistirena pun berguna.

Namun, perlu diingat, Ini bukanlah cara yang selamat untuk menidurkan anak.

Bayangkan sekiranya anak itu terjaga dan bergerak-gerak sehingga boleh menyebabkan kotak tersebut terbalik.

Apa-apa pun, kami doakan agar si bapa berjaga-jagalah dan beringat-ingatlah di musim banjir.

Tidak semua perkara berlaku mengikut kehendak kita. –MYNEWSHUB

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori