• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Pindahkan 470 Penduduk, Pekerja Ladang Pinang Emas

oleh Ahmad Albab
18/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Tindakan pantas 22 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Pantai Seberang Takir berjaya memindahkan 470 penduduk serta pekerja Ladang Pinang Emas yang terjejas banjir sejak pagi tadi.

Untuk keluar dari kampung itu dan berpindah ke pusat pemindahan di Masjid Ladang Pinang Emas di sini mereka terpaksa menempuh jalan yang telah dibanjiri air lebih satu meter dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda dan lori selain terpaksa menggunakan bot.

Penghulu Mukim Kampung Besul Jerangau Yulandee Che Mohd berkata kira-kira pukul 7 pagi tadi dia menghubungi pihak tentera dan memaklumkan kawasan mereka sudah mula banjir dan tidak dapat keluar setelah jalan ditenggelami air.

“Bimbang air sungai makin naik saya menghubungi pihak ATM (Angkatan Tentera Malaysia) bagi membantu memindahkan mangsa kerana bimbang dengan keselamatan penduduk.

Memang kawasan ini sering dinaiki air dan persiapan awal telah dibuat dengan menyediakan bot dan sebagainya namun bagi memindahkan penduduk serentak agak sukar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu seorang penduduk Sarimah Wahab, 47, berkata ketika mahu menunaikan solat Subuh dia terkejut selepas air memenuhi kawasan halaman rumah.

Katanya takut keadaan bertambah buruk dia mengejutkan empat lagi anaknya untuk berkemas dan berpindah ke pusat pemindahan.

“Kira-kira pukul 6 pagi saya bangun saya agak panik melihat air melimpah ke kawasan rumah dan air yang naik menyukarkan kami untuk keluar dari rumah, walaupun air belum masuk ke dalam rumah namun kami tetap bimbang dengan cuaca yang tidak menentu ini,” katanya.

Sementara itu Tinjauan Bernama di kampung tersebut mendapati penduduk terjejas turut mengambil inisiatif memindahkan penduduk menggunakan traktor ke kawasan selamat. – BERNAMA

Tags: BanjirTentera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd