• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rezeki Dirampas Teksi ‘Haram’, Pemandu Hantar Memo Pada SPAD

oleh Ahmad Albab
26/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Senada dalam menggesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya bertindak membela nasib mereka, kira-kira 30 pemandu teksi sekitar Lembah Klang menghantar satu memorandum bantahan, hari ini.

Kumpulan pemandu teksi tersebut berkumpul di pejabat SPAD yang terletak di Platinum Sentral, Kuala Lumpur kira-kira jam 3.30 petang, Rabu.

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) Amran Jan berkata, antara isi kandungan memorandum tersebut adalah gesaan supaya SPAD ambil tindakan terhadap operasi teksi haram yang dijalankan Uber, Grabcar Myteksi dan Blacklane yang dikatakan terang-terangan melanggar peruntukan undang-undang.

DSC02348

Ujarnya pada sidang media, “Operasi teksi haram ini telah merampas penumpang dan rezeki pemandu teksi berdaftar, maka SPAD semestinya berani mempertahankan kebajikan pemandu teksi serta memelihara martabat industri teksi negara.”

Malah, menurut Amran, pemandu teksi tidak dapat bersaing secara sihat memandangkan mereka terikat dengan peraturan memiliki kenderaan yang sudah ditetapkan, tidak seperti perkhidmatan teksi Uber dan sebagainya.

Dalam kenyataan sama, Amran turut mempersoalkan layanan yang didakwanya ‘double standard‘ kerana pihak berwajib tidak bertindak secara total terhadap operasi teksi haram tersebut yang dikendalikan syarikat asing.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Transformasi 1Malaysia (PERS1M), Kamarudin Mohd Hussain pula berkata, lesen Private Hired Vehicle (PHV) patut dimansuhkan kerana ia tidak membantu perkembangan sektor perkhidmatan pengangkutan awam.

Ujarnya, “Kewujudan PHV ini kelak akan menimbulkan lagi gejala-gejala penyamaran dari kenderaan-kenderaan persendirian yang tidak mempunyai lesen.”

Selain itu, lesen PHV akan menggugat pendapatan pemandu teksi kerana semenjak SPAD mengambil alih peranan menyelia industri teksi negara, permit teksi telah dikeluarkan secara tidak terkawal dan melebihi permintaan pasaran.

“Kalau ada PHV, campur pula kenderaan haram, ia akan membebankan pemandu teksi.”

Selain itu, Kamarudin juga mencadangkan supaya pihak berwajib mewujudkan pelan migrasi kepada pemandu teksi yang mana setelah tamat perjanjian lima tahun dengan syarikat pengendali perkhidmatan itu, maka lesen secara individu patut diserahkan kepada mereka.

“Saya menerima banyak aduan daripada pemandu-pemandu yang ditindas syarikat pengendali dan mereka tidak menyumbang kepada industri melainkan menghisap kudrat pemandu.”

DSC02336

Mewakili suara pemandu teksi wanita pula, wakilnya yang juga AJK PERS1M, Khalijah Aman, berkata, SPAD telah menindas dan mengerah kudrat mereka selaku pemandu teksi.

“Kami nak cari RM100 pun susah, jadi kami minta ia disampaikan kepada pihak atasan, ini hasrat kami. Di mana cogan kata ‘Rakyat Didahulukan’?”

Kira-kira pukul 4 petang, para pemandu teksi kemudiannya berarak menuju perkarangan pejabat SPAD dan kehadiran mereka disambut oleh wakil SPAD iaitu Ketua Bahagian Perlesenan Jalanraya, Zambri Mahmud.

Ujar Zamri, memorandum tersebut akan diteliti secara terperinci sebelum sesuatu keputusan diambil dan SPAD akan memberi maklum balas secepat mungkin.

Wakil dari pihak pemandu teksi kemudiannya dijemput menghadiri satu perbincangan tertutup bersama wakil SPAD selepas selesai menyampaikan memorandum tersebut. - MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=cwNw8_vLHpo

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Foto & Video : RIZA RAZAK

Tags: perkhidmatan pelangganprotesSPADTeksi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

02/01/2026
0

TEHERAN - Penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan terus bertempur di beberapa bandar di Iran pada Khamis selepas protes membantah kos...

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

05/08/2024
0

Seremban : Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan dan ada yang berubah kepada bentuk keganasan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd