• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambah Pendekatan Tangani Rasuah – JKMR

oleh Ahmad Albab
05/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peningkatan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2014 adalah didorong oleh faktor keberkesanan pelbagai usaha yang diambil kerajaan khususnya melalui Program Transformasi Kerajaan bagi memerangi jenayah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata pihaknya turut yakin perkembangan positif itu diperoleh hasil kerjasama dan usaha kolektif pelbagai pihak termasuk rakyat pelbagai lapisan.

Malaysia naik tiga anak tangga pada kedudukan ke-50 daripada 175 negara dan mencatat skor 52 mata berbanding 50 mata tahun lepas, sekali gus mencatat kedudukan terbaik negara sejak 2004 dalam indeks yang dikeluarkan Transparency International Malaysia itu.

“JKMR berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan mengambil banyak lagi pendekatan yang serius dan tegas untuk menangani isu rasuah bagi membolehkan kedudukan negara dalam indeks persepsi itu terus meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JKMR merupakan badan pemantau SPRM.

Menurut Abu Zahar, agenda memerangi rasuah bukan satu opsyen kerana ia sebaliknya satu kemestian yang memerlukan tindakan diambil secara tegas dan tidak selektif.

Tegasnya, selain kerajaan dan SPRM, usaha memerangi jenayah rasuah memerlukan sokongan dan penglibatan semua rakyat. – BERNAMA

Tags: Abu Zahar Ujangrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd