Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Jalan Pintas Untuk...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu tidak wujud ‘jalan pintas’...

Siapa Taja Pengangkutan Udara...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Taman Seputeh, P Ganapathy...

Ketua Pemuda PAS Tidak...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat tidak percaya...

Che Ta Nafi Hamil,...

HANYA kerana tulisan kapsyen di laman Instagramnya, ramai peminat mula membuat andaian bahawa...

Spesifikasi Airbus A320 Yang Digunakan Penerbangan QZ8501

Berikut adalah spesifikasi pesawat Airbus A320 yang digunakan dalam penerbangan QZ8501 AirAsia Indonesia dari Surabaya menuju ke Singapura awal pagi tadi.

** Spesifikasi ini bukan secara tepat kepada pesawat berkenaan tetapi secara umum untuk kapal jenis A320.

Dihasilkan oleh syarikat Airbus yang berpengkalan di Blagnac, Perancis.

Penerbangan pertama adalah pada Mac 1988.

Sejak itu, keseluruhan kapal Airbus A320 sedunia mempunyai 154 juta jam penerbangan dan 85 juta kali penerbangan.

Antara syarikat pengguna terbesar ialah US Airways, EasyJet, China Southern Airlines dan China Eastern Airlines.

Laluan dalaman kapal adalah tunggal (single-aisle) dan enjin berkembar.

Digunakan untuk penerbangan jarak dekat ke sederhana.

Boleh mencapai kelajuan 900 kilometer sejam.

airbus 2

Wing Span (panjang sayap ke sayap) – 35.8 meter


Panjang keseluruhan (dari muncung ke ekor) – 37.57 meter

Ketinggian – 11.76 meter

Untuk penerbangan tambah murah, ia boleh diubah untuk menempatkan sehingga 180 penumpang manakala untuk penerbangan biasa, jumlah maksimum penumpang ialah 150 orang.

Kerap kali ia terbahagi kepada dua kelas (ekonomi dan perniagaan).

Sehingga 31 Oktober tahun ini, sejumlah 6,285 buah kapal dari keluarga Airbus 320 telah dihantar kepada syarikat-syarikat penerbangan dan 6,053 berada dalam perkhidmatan.

Sebanyak 4,709 masih dalam tempahan dan sedang disiapkan.

Keluarga A320 juga termasuk A318, A319, A320, A321, Airbus A318 (Variants) dan Airbus A320neo family.-MYNEWSHUB

DISYORKAN BACA: Pesawat Penerbangan QZ8501 Digunakan Sejak Oktober 2008

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori