• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Telah Ambil Tindakan Ke Atas 13 Kesalahan Teksi UBER

oleh AK-47
21/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perkhidmatan teksi secara online antarabangsa UBER dikenalpasti telah melakukan 13 kesalahan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menurut SPAD dalam satu kenyataan hari ini, sehingga kini kesemua kesalahan itu telah disiasat dan diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

“Ia melibatkan enam kes gagal mengemukakan lesen pengendali, enam kes beroperasi tidak mengikut kelas lesen dan satu perkhidmatan tanpa permit.

MENARIK – Pemandu Teksi Uber Ditangkap Kerana Merogol Di India

“Di sini Suruhanjaya ingin menegaskan bahawa sungguhpun aplikasi UBER itu tidak menyalahi undang-undang secara kasarnya, penggunaan kenderaan berlesen yang sesuai diperlukan dan syarat-syarat pengendali perlu dipatuhi,” menurut kenyataan itu.

SPAD tidak akan berkompromi apabila mengambil tindakan ke atas kenderaan UBER yang didapati tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang wajib.

Operasi juga tidak terhad di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Klang sahaja.

Pada September 2014, SPAD telah mengenalpasti lapan syarikat yang menggunakan aplikasi UBER dengan pembabitan sejumlah 50 buah kenderaan, dimana 20 buah daripadanya tidak mempunyai permit yang sesuai.

SPAD turut mendapati bahawa ia perlu membuat penerangan kepada syarikat terbabit mengenai keperluan undang-undang dan syarat-syarat pengendali.

“Suruhanjaya telah memberikan peringatan agar pemandu berlesen PSV, insurans dan kenderaan berdaftar yang sesuai sahaja boleh digunakan oleh UBER,” kata SPAD.

UBER merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar.

Ditubuhkan pada 2009, ia menawarkan perkhidmatan di lebih 200 bandaraya di serata dunia.

Perkhidmatan ini mula memasuki pasaran Asia pada Februari pada tahun lepas di Singapura dan seterusnya di Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas secara atas talian dan aplikasi.

Di India seorang pemandu teksi UBER ada yang ditahan dan didakwa atas kesalahan merogol penumpangnya. – MYNEWSHUB.CC

Video Latihan Pemandu UBER 

http://youtu.be/makYbqd7mGA

Tags: MalaysiaTeksiUber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd