• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seramai 347 PATI Ditahan Di Cameron Highlands

oleh Ahmad Albab
14/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Seramai 347 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Ops Bersepadu Khas yang bermula 22 Nov sehingga 13 Dis di Cameron Highlands.

Operasi bersepadu yang dijalankan setiap hari di beberapa buah pekan di kawasan tanah tinggi ini melibatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu, mereka yang ditahan terdiri daripada 127 warga Indonesia, Bangladesh (77), Myanmar (66), Nepal (50), India (12), Kemboja (enam), Pakistan (lima), dan Sri Lanka (empat).

Katanya selain daripada menjalankan operasi bersepadu, pihaknya turut melaksanakan sekatan jalan raya di empat laluan masuk ke Cameron Highlands yang beroperasi 24 jam.

“Setakat ini dengan bantuan PGA (Polis Gerakan Am) dan ATM, kami melakukan rondaan dan pemeriksaan di kawasan hutan yang telah dikenal pasti tempat persembunyian PATI,” katanya kepada Bernama, Sabtu.

Ditanya tentang jumlah tangkapan yang sedikit, DSP Wan Zahari berkata jumlah tangkapan tersebut adalah yang dilaksanakan menerusi Ops Bersepadu Khas sahaja, dan tidak termasuk jumlah tangkapan yang dilaksanakan oleh jabatan penguatkuasa yang lain.

Dalam operasi semalam yang bermula pukul 12 tengah malam di sekitar Brincang dan Kuala Terla, katanya seramai 12 PATI berjaya ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa. – BERNAMA

Tags: Cameron HighlandsPati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jom Layan… Gambar Anzalna Mandi Buih Di Singapura

Next Post

KRT Digalak Anjur Program Jana Pendapatan Isi Rumah

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

Next Post

KRT Digalak Anjur Program Jana Pendapatan Isi Rumah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd