• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semak Rekod Jenayah Warga Asing Sebelum Benarkan Masuk

oleh Ahmad Albab
12/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Warga asing yang memasuki negara ini perlu disemak status rekod jenayah mereka terlebih dahulu, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata ia memerlukan kerjasama polis Malaysia dan polis negara luar bagi membendung perkara tersebut.

“Kita melihat perkembangan jenayah kejam membabitkan warga asing di negara ini sebagai menakut dan membimbangkan,” katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas jenayah kejam yang dilakukan warga negara Myanmar di di Pulau Pinang yang menjadikan warga negara mereka sendiri sebagai mangsa akibat perbuatan membalas dendam yang kesnya berpunca di negara mereka sendiri.

Penganalisis Jenayah Kamal Affendi Hashim pula berkata sikap tamak dan tidak ambil kisah masyarakat tempatan juga dilihat sebagai punca berlakunya jenayah membabitkan warga asing.

“Pemilik rumah sewa misalnya, jangan fikir untung sahaja. Pertimbang juga siapa yang hendak menyewa rumah mereka. Jangan sewakan pada warga asing terutama pendatang tanpa izin. Jika sewakan pun, buat pemeriksaan berkala, supaya rumah mereka tidak menjadi sarang penjenayah,” katanya.

Beliau berkata bagi pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing, mereka perlu mengetahui tujuan kenderaan itu digunakan.

Rakyat perlu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam menangani jenayah, katanya. – BERNAMA

Tags: warga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd