• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Letih, Saya Cuma Mahu Gembira’ Permintaan Akhir Syamimi

oleh Ahmad Albab
25/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya letih, saya cuma mahu gembira”, itu permintaan terakhir diluahkan adik Nur Syamimi Liyana, penghidap penyakit hati kronik (Wilson’s Disease) kepada bapanya, Firdaus Estrop Abdullah.

Allahyarham Nur Syamimi menghembuskan nafas terakhirnya di sisi bapa dan kakaknya, Nurul Fatihah Diana, 9, di Hospital Selayang kira-kira pukul 3.30 petang ini.

Nur Syamimi, 7, dikesan menghidap penyakit itu April lepas setelah menjalani pemeriksaan kerana sering murung, kurang aktif dan perutnya semakin membesar.

Kes beliau mendapat perhatian Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno yang membantu mendapatkan bantuan pembiayaian kos rawatan.

Permintaan Nur Syamimi sempat ditunaikan dengan sambutan hari jadinya di Hospital Selayang pada 27 Nov lepas.

“Dah nampak petanda yang Syamimi akan tinggalkan kami kerana permintaannya itu.

“Syamimi juga meminta saya untuk membawa kakaknya berjumpa dengannya kerana wad itu tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur masuk,” kata Firdaus, 32, ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, di sini malam ini.

Firdaus berkata, Nur Syamimi telah menerima surat keutamaan untuk membuat pembedahan namun pihak hospital tidak dapat berbuat demikian kerana keadaan kesihatannya tidak stabil.

“Syamimi tidak boleh menjalani pembedahan kerana keadaan badannya yang sangat lemah.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat memberi bantuan secara langsung mahupun tidak kepada Syamimi,” katanya sambil menambah beliau redha dengan pemergian anak bongsunya itu.

Sementara itu, ibu Nur Syamimi, Nur Syahidah Tan Siew Guat, 31, menyatakan syukur kerana permintaan terakhir anaknya dapat ditunaikan.

Pengebumian jenazah diuruskan oleh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur yang turut memberikan bantuan sejak Nur Syamimi dimasukkan ke hospital. – BERNAMA

Tags: pesakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tingkatkan Kawalan Di Pejabat Kedutaan AS

Ambulans Terbalik, Empat Termasuk Dua Pesakit Cedera

20/10/2023
0

SEREMBAN: Sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit terbalik menyebabkan empat individu cedera selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis...

Hospital Sungai Buloh Kembali Rawat Pesakit Bukan Covid-19

29/04/2022
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk menukar kembali status Hospital Sungai Buloh kepada hospital perubatan bukan Covid-19 seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd