• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Berbesar Hati Diberi Perhatian” – Dyana Sofya

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud tidak berpuas hati dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kerana membangkitkan nama beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 baru-baru ini.

Dyana Sofya mendakwa, kenyataan Khairy bahawa beliau diterima menyertai DAP bukan kerana kehebatannya tetapi untuk memberi harapan palsu kepada golongan muda negara satu kenyataan yang tidak benar.

“Saya bagaimanapun berasa berbesar hati kerana diberi perhatian dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 walaupun dianggap tidak sehebat Puteri UMNO.

“DAP sangat konsisten dalam mengiktiraf bakat-bakat muda dan memberi mereka peluang untuk mengambil bahagian dalam politik arus perdana,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dyana Sofya dalam pada itu mempersoalkan sama ada UMNO pernah memberi mana-mana ahli berusia 35 tahun ke bawah bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sedangkan parti itu mempunyai seramai 300,000 Puteri UMNO di seluruh negara.

“Daripada menghentam DAP lebih baik mereka bertanya kepada diri sendiri mengapa mereka tidak mampu untuk memberi nafas baru itu,” dakwanya.

Khairy dalam ucapan beliau pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 menjelaskan wanita Melayu muda yang diangkat parti chauvinis menjadi calon Teluk Intan baru-baru ini untuk memberi harapan palsu kepada golongan muda. – mynewshub.cc

Tags: Dyana SofyaUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd