• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sah Empat Orang Kita Maut Di Singapura

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Empat rakyat Malaysia yang bekerja sebagai tukang cuci meninggal dunia di asrama pekerja di Geylang, Singapura pada awal pagi Sabtu.

Tiga daripada mereka yang dipercayai lelaki berusia antara 40 hingga 50 tahun, mati di tempat kejadian sementara mangsa keempat meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut berlaku pada 1.40 pagi.

The Straits Times berkata sekurang-kuranya sembilan orang dihantar ke Hospital Tan Tock Seng dan Hospital Besar Singapura.

Mereka termasuk dua anggota bomba yang mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, mengesahkan mangsa yang meninggal dunia merupakan pekerja yang menetap di negara tersebut.

“Kami berjaya mengenalpasti identiti mangsa melalui kad pengenalan dan pasport milik mangsa.

“Waris keluarga mangsa yang terlibat telah pun dihubungi untuk memaklumkan mengenai kejadian malang tersebut,” katanya ketika dihubungi The Star pada Sabtu.

Mangsa yang meniggal dunia dikenalpasti sebagai Jubitol Rumanjing, 37, Maslan Musundo, 43, Yusoff Masrong, 49, dan Ramu Kotiah, 50.

“Pihak kami bekerja sama dengan polis Malaysia dan Jabatan Imigresen serta Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengenalpasti dua lagi waris keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

Tiga mangsa yang terbunuh berasal dari Sabah dan mayat mereka sehingga kini masih berada di Hospital Besar Singapura menanti ia dituntut waris masing-masing.

Asrama tersebut terletak di kawasan rumah kedai, di Lorong 4 Geylang. Terdapat hampir 100 warga asing yang tinggal di sana terdiri daripada warga China, India, Bangladesh dan Malaysia.

Bangunan rumah kedai tersebut dibahagikan kepada 11 unit bilik dengan setiap sebuah bilik didiami oleh 10 orang. – BERNAMA

Tags: kebakaranmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd