• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumpai Miang Mexico Di Negeri Sembilan Terkawal

oleh Ahmad Albab
16/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Rumpai miang Mexico yang terdapat di beberapa kawasan di Negeri Sembilan berada dalam keadaan terkawal, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Datuk Hasim Rusdi.

Hasim berkata tiga lokasi yang dikenal pasti ditumbuhi rumpai miang Mexico atau nama saintifiknya parthenium hysterophorus ialah di Rantau (Siliau), Johol dan Kuala Pilah.

“Orang ramai tidak perlu risau kerana Jabatan Veterinar dan Jabatan Pertanian telah diarah untuk membuat pemantauan dari semasa ke semasa di samping menghapuskan tumbuhan ini menggunakan racun.

“Ia tumbuh secara bertompok-tompok di sesuatu kawasan disebabkan oleh haiwan ternakan seperti lembu yang diimport. Najis yang terhasil daripada haiwan ternakan tersebut menyebabkan tumbuhan ini terus membiak termasuk di sekitar jalan di Kuala Pilah,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Rumpai miang Mexico merupakan sejenis tumbuhan liar berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia dan dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan teruk kepada ekosistem semula jadi, sektor pertanian dan ternakan selain kesihatan manusia.

Para penduduk tidak menyedari bahawa rumpai miang Mexico yang tumbuh di pekarangan rumah mereka sebenarnya mendatangkan bahaya seperti didedahkan Kementerian Kesihatan.

Tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna putih dan daunnya seakan-akan ulam raja itu mempunyai ketinggian antara 1.5 meter dan dua meter, boleh didapati di merata-rata tempat.

Hasim berkata tumbuhan ini mendatangkan risiko kerana getah yang terdapat di setiap batang tumbuhan itu menyebabkan mangsa mengalami rasa gatal yang berbisa.

Sehubungan itu, beliau turut menyarankan orang ramai supaya segera melaporkan kepada Jabatan Pertanian jika mengesan tumbuhan yang berbentuk seakan ulam raja ini agar tindakan boleh diambil. – BERNAMA

Tags: Rumpai Miang Mexico
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Daerah Di Sabah Ditumbuhi Tumbuhan Rumpai Miang Mexico

07/07/2015
0

KOTA KINABALU - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini enam daerah...

Rumpai Miang Mexico Dikesan Di 3 Lagi Lokasi Di N.Sembilan

25/12/2014
0

SEREMBAN - Tiga lagi kawasan di Negeri Sembilan iaitu Labu, Sendayan dan Jempol turut dikesan ditumbuhi rumpai miang Mexico atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd