Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 100,000 Pelancong China,...

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod...

Cadangan Benarkan Pembekal Elektrik...

KUALA LUMPUR - Kerajaan kini sedang mengkaji cadangan sama ada untuk membenarkan pembekal...

Penerjun Negara Raih Pingat...

KUALA LUMPUR - Pasangan penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong...

Noorshila Amin Lafaz Sumpah...

SEBAK... Penyanyi era 1980-an, Noorshila Amin mengangkat lima kali sumpah laknat tidak ambil...

Rumah Ditumbuhi Pokok Disewa RM529 Seminggu

LONDON – Seorang penduduk mampu memperoleh pendapatan sehingga £40,000 (RM211,720) setahun hasil dari menyewa secara haram sebuah kediaman usang dan mempunyai pokok besar yang tumbuh dalam rumah tersebut.

Gambar yang dirakamkan dalam rumah tiga bilik yang terletak di Clapham, barat London itu menunjukkan sebatang pokok telah membesar di dalam salah satu bilik.

Majlis Perbandaran Lambeth menganggarkan bahawa, pemilik rumah itu telah menyewakan rumah tersebut pada kadar £100 (RM529) seminggu dan mampu memperoleh keuntungan sehingga £40,000 (RM211,720)) setahun.

Rumah itu merupakan salah satu daripada 1,200 buah rumah yang diserahkan untuk diurus oleh Persatuan Perumahan dan Koperasi pada tahun 1970-an sebelum ia dituntut kembali oleh Majlis Perbandaran Lambeth untuk dijual kepada syarikat hartanah.

Sehingga kini kediaman itu masih berlum terjual dan dibiarkan kosong.


“Mereka yang tinggal dalam rumah haram ini berhadapan dengan bahaya yang boleh mengancam nyawa mereka,” kata Matthew Bennett yang merupakan seorang ahli kabinet perumahan.

Katanya lagi, beliau terkejut bagaimana mereka mampu membuat wang dengan menyewa rumah itu yang berbahaya dan tidak selamat untuk diduduki. – Agensi

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rumah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori