Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Jaga Tutur Kata Ketika...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan orang ramai...

Polis Siasat Video Iklan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil penerbit dan pelakon yang...

MB Negeri Sembilan Disah...

REMBAU - Penyandang DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar...

600 Kedai Runcit Ditransformasi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 600 kedai runcit seluruh negara akan dinaik taraf untuk...

Reman 2 Suspek Geng Mamak Disambung Enam Hari

IPOH – Tempoh reman dua suspek dipercayai anggota kumpulan samun ‘Geng Mamak’ yang sepatutnya tamat hari ini disambung enam hari lagi, kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam.

Beliau berkata tahanan reman kedua-duanya dilanjutkan sehingga 19 Dis bagi membolehkan siasatan dilakukan dengan lebih mendalam.

Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merompak dengan bersenjata atau rompak serta mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Kedua-dua suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun dan wanita berumur 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan polis di sebuah rumah di Jalan Kuala Kangsar di sini pada pukul 10.30 malam, 7 Dis lepas.


Polis menjumpai pelbagai peralatan untuk pecah rumah antaranya parang, kuku kambing, pemotong besi, topeng muka, spanar dan playar serta pelbagai nombor pendaftaran kenderaan dalam sebuah beg yang dirampas daripada suspek. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori