Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

PKR Ambil Kesempatan Tonjol...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil kesempatan menonjolkan Setiausaha Agungnya, Rafizi...

Kes Resit Tempah Piza...

BAYAN LEPAS : Empat individu sudah ditahan bagi membantu siasatan kes resit pesanan...

4 Buku Faisal Tehrani...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penerbitan empat buku tulisan penulis...

Lim Guan Eng Bebas...

GEORGE TOWN – Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri...

Rang Undang-Undang Anti Keganasan Dibentang Mac

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, bahagian undang-undang Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyiapkan draf rang undang-undang itu sebelum dibincangkan secara lebih terperinci dengan Jabatan Peguam Negara.

“KDN akan mengemukakan perkara ini kepada jemaah menteri sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

“Cadangan rang undang-undang ini mendapat maklum balas baik bukan sahaja daripada pengamal perundangan malah badan bukan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pesuruhjaya Polis/ Ketua Polis/ Komander dan Komandan 2/2014 di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras dekat sini, hari ini.

Berhubung Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan 2013) pula, beliau berkata sehingga hari ini, 306 individu ditahan sejak akta tersebut dipinda.


“Daripada jumlah itu, beberapa pendakwaan telah dibuat dan penahanan telah dilakukan. Pindaan akta merupakan satu tindakan yang berkesan kerana ia bukan hanya sekadar membanteras jenayah tapi ia melakukan usaha pencegahan kepada aktiviti jenayah,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, POCA yang diketuai seorang hakim dan dibantu empat orang ahli itu kini telah diperluas ke Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis menyambut baik cadangan Rang Undang-undang Anti Keganasan itu dan menyifatkannya sebagai ‘extra tool’ dalam menghadapi ancaman militan.

“Khususnya rakyat Malaysia yang berjuang di luar negara dan mungkin balik, boleh mengancam dan mengganggu-gugat keselamatan dalam negara kita,” kata beliau ketika ditemui di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori