• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Bansah, Raja Afrika Yang Perintah Negara Guna Skype

oleh AK-47
10/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung yang telah mengecilkan dunia.

Penggunaan media sosial di Malaysia contohnya memudahkan rakyat jelata berinteraksi dengan menteri dan wakil rakyat mereka tanpa batasan protokol.

Lihat saja bagaimana Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang aktif menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter bagi mengulas pendapat disamping dapat menerima aduan daripada rakyat.

Cerita Internet ini lebih menarik apabila anda berada di Ghana.

Di sana, terdapat seorang raja yang membuktikan anda memang boleh melakukan apa sahaja melalui internet.

koenigbansah

Raja Bansah atau nama sebenarnya Togbe Ngoryifia Céphas Kosi Bansah, menggunakan aplikasi Skype untuk memerintah suku Hohoe beliau dari kediamanya yang berada di Jerman.

Baginda pada sebelum ini telah berhijrah ke Jerman untuk belajar dan mengambil keputusan untuk menetap di sana.

Pada tahun 1987 nenda baginda yang juga raja meninggal dunia, Raja Bansah dinobatkan menjadi raja pada tahun 1992 kerana bapa dan abang beliau dirasakan tidak layak mengambil alih takhta kerana kidal.

Bagi suku Hohoe, manusia kidal tidak layak memerintah kerana dianggap sebagai tidak boleh dipercayai.

Sungguhpun sudah menjadi raja, Raja Bansah enggan kembali ke Ghana dan melakukkan kerja memerintah dengan hanya menggunakan telefon pada mulanya.

Dengan adanya perkhidmatan internet, baginda kini memerintah negara beliau menggunakan Skype.

Kerana perbezaan zon masa beliau terpaksa berjaga pada waktu malam untuk membincangkan masalah negara.

Baginda hanya pulang enam tahun sekali untuk mencemar duli dengan 200 ratus ribu rakyat baginda.

Yang menariknya tentang Raja Bansah ialah, apabila berada di Jerman, beliau merupakan seorang pengurus bengkel membaiki kereta sepenuh masa dan menjalani kehidupan seperti rakyat biasa di sana.

king1

Tetapi apabila beliau pulang ke Ghana, beliau merupakan seorang bangsawan disebabkan statusnya sebagai raja.

Beliau merupakan pemerintah pertama yang menggunakan konsep IT sepenuhnya bagi menguruskan negara dan juga seorang mekanik kereta pada masa yang sama.

Walaupun beliau seorang raja yang memiliki aset berjuta, sebenarnya Raja Bansah ini merupakan seorang nyang sangat merendahkan diri. Kami kagum!

Apa-apa pun, jom lihat suasana kota Ghana di bawah.

Sumber: INDEPENDENT

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

 

Tags: Raja
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pengawal Keselamatan Disyaki Cabul Murid Tahun Satu Ditahan

Agong, Raja-Raja Sokong Kerajaan Pertingkat Tatakelola Bersih Negara Daripada Rasuah – PM

01/02/2024
0

Rembau: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja-Raja sealiran menyokong langkah kerajaan...

Kenyataan Sanusi Cenderung Bangkit Rasa Tidak Setia Pada Raja – Fahmi

Kenyataan Sanusi Cenderung Bangkit Rasa Tidak Setia Pada Raja – Fahmi

19/07/2023
0

Kenyataan yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd