• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Dakwa Harga Petrol Tidak Ikut Pasaran Dunia

oleh Ahmad Albab
01/12/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa harga runcit baharu petrol RON95, RON97 dan diesel bermula hari ini tidak mengikut harga pasaran dunia.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, terdapat perbezaan ketara di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan hari ini.

“Harga rujukan minyak mentah Brent telah jatuh di antara 27 hingga 35 peratus sudah tentu penurunan RON95, RON97 dan diesel juga adalah dalam lingkungan yang tidak banyak berbeza dari itu.

“Harga RON95 di Malaysia hanya turun 1.7 peratus, RON97 hanya turun 3.5 peratus malah diesel pula naik satu peratus. Kenapa ada jurang yang begitu besar di antara harga rujukan di pasaran dunia dan harga yang ditetapkan di Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi mendakwa, keadaan itu berpunca daripada kaedah penentuan harga yang tidak telus dan memasukkan formula yang menjamin keuntungan syarikat minyak.

Sehubungan itu, katanya, PKR mendesak kerajaan Persekutuan menyiarkan secara terperinci harga rujukan RON95, RON97 dan diesel di pasaran dunia dalam menentukan harga pasaran Malaysia bagi RON95, RON97 dan diesel pada setiap minggu.

Beliau dalam pada itu memberitahu PKR menubuhkan pasukan untuk memantau harga pasaran RON95, RON97 dan diesel bagi memastikan harga pasaran di Malaysia adalah selari dengan harga pasaran dunia.

“PKR akan mendedahkan secara terperinci harga pasaran rujukan MOPS serta kos-kos lain yang dijamin oleh kerajaan Persekutuan pada setiap minggu untuk membolehkan rakyat mendapatkan harga minyak terbaik,” dakwanya.

Rafizi turut memberi jaminan akan terus berkempen supaya harga minyak diturunkan melalui kempen #turunhargaminyak sementara menunggu demonstrasi yang dirancang pada 31 Disember 2014 ini. – mynewshub.cc

Tags: PetrolRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter –  Lim Sian See

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter – Lim Sian See

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengkritik dasar kerajaan, Lim Sian See mempersoalkan bagaimana RON95 boleh dijual pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd