• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501 : Presiden, PM Singapura Utus Surat Takziah Kepada Jokowi

oleh AK-47
01/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden Singapura Dr Tony Keng Yam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini menghantar dua pucuk surat masing-masing kepada Presiden Indonesia Joko Widodo memberikan ucapan takziah berikutan nahas pesawat AirAsia QZ8501 Ahad lepas yang mengorbankan 162 orang.

Daripada jumlah itu, 155 orang merupakan warga Indonesia.

“Bagi pihak rakyat Singapura, saya menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga yang telah kehilangan mereka yang tersayang,” kata Dr Tan dalam suratnya, memetik laporan Channel News Asia.

MENARIK – Jenazah Penumpang Pramugari AirAsia Khairunisa Haidar Dikenalpasti

Berikut adalah kata-kata penuh surat beliau kepada Jokowi.

Kepada Presiden Joko Widodo,

Saya berasa begitu sedih apabila dimaklumkan pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang terhempas termasuk dengan kehilangan banyak nyawa. Bagi pihak rakyat Singapura, saya menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga yang telah kehilangan mereka yang tersayang.

Singapura komited untuk bekerjasama dengan Indonesia dalam kerja-kerja pemulihan. Sebagai jiran dan rakan kongsi yang rapat, Singapura dan Indonesia telah pun menghadapi bersama-sama cabaran sebelum ini dan saya pasti, kita akan terus menyokong antara satu sama lain ketika masa-masa sukar ini.

Yang Benar,
Tony Tan Keng Yam

Dear President Joko Widodo,

I was saddened to learn of the crash of Indonesia AirAsia flight QZ 8501 and the tragic loss of so many lives. On behalf of the people of Singapore, I extend my heartfelt condolences to the families who have lost loved ones.

Singapore is committed to working with Indonesia in the ongoing recovery efforts. As close neighbours and partners, Singapore and Indonesia have stood together in past crises and I am sure that we will continue to support one another during this difficult time.

Yours sincerely,

Tony Tan Keng Yam

Sementara itu, Lee pula dalam suratnya turut mengucapkan takziah bagi pihak negara republik itu dan memberi jaminan Singapura akan bekerjasama rapat dengan Indonesia untuk kerja-kerja pemulihan selepas tragedi itu.

Berikut adalah surat Lee kepada Jokowi.

Presiden Joko Widodo,

Saya terkejut dan sedih ketika dimaklumkan pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 telah terhempas pada 28 Disember 2014. Bagi pihak kerajaan dan rakyat Singapura, saya menyampaikan ucapan takziah berkenaan tragedi ini.

Ingatan tulus ikhlas adalah bersama dengan ahli keluarga yang tabah.

Seperti yang diperkatakan oleh saya dalam perbualan telefon pada 28 Disember, Singapura tegu berdiri atas nama solidariti dengan Indonesia ketika-ketika waktu sukar sebegini. Kami akan terus bekerjasama rapat dengan Indonesia dalam operasi pemulihan dan memberikan bantuan jika diperlukan.

Yang Benar,
Lee Hsien Loong.

Dear President Joko Widodo,

I was shocked and deeply saddened to learn that Indonesia AirAsia flight QZ 8501 had crashed on 28 December 2014. On behalf of the Government and people of Singapore, I express our deepest condolences on this tragedy. Our thoughts are with the bereaved families.

As I had conveyed to you during our telephone conversation on 28 December, Singapore stands in solidarity with Indonesia during this difficult time. We will continue to work closely with Indonesia in the recovery operation and provide further assistance that may be required.

Yours sincerely,

Lee Hsien Loong

Pesawat AirAsia Indonesia itu terhempas ketika dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya di Selat Karimata difahamkan kerana menghadapi cuaca buruk.

Kesemua 162 orang penumpang termasuk tujuh anak kapal terkorban. – MYNEWSHUB.CC

Video Sidang Media Presiden Indonesia Joko Widodo

http://youtu.be/Lw1r3yrZs6k

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

Tags: pesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd