Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di laman Facebooknya turut menyampaikan pesanan dan ucapan semangat kepada syarikat penerbangan tambang murah AirAsia berikutan kehilangan pesawat QZ8501 mereka hari ini.
Kata-kata itu berbunyi “Ingatan dan doa kami didedikasikan untuk ahli keluarga dan rakan-rakan penumpang pesawat QZ8501”.
Ia disertai dengan satu gambar berwarna kelabu dengan hashtag #STAYSTRONG AIRASIA (Terus Tabah AirAsia).
MENARIK – Pesawat Air Asia QZ8501 Hilang Dari Radar Pagi Tadi
Pesanan MAS itu telah menerima 16,790 Likes dan telah dikongsikan sebanyak 1,530 kali di laman sosial Facebook.
Tindakan MAS itu menerima pujian daripada pengguna laman sosial berkenaan kerana pantas memberikan ucapan dan pesanan agar syarikat itu lebih kuat menghadapi dugaan biarpun kedua-duanya bersaing dalam industri penerbangan dunia.
Antara komen yang menarik ialah, ada pengguna Facebook yang bangga dengan keprihatinan MAS apabila tidak pun menghiraukan tindakan yang pernah dilakukan secara berseloroh oleh AirAsia kepada MAS sewaktu kehilangan MH370 dulu.
Bagi pihak MAS, syarikat itu pastinya mengetahui betapa peritnya apabila merasai dua tragedi pesawat mereka apabila MH370 hilang pada Mac lepas dan MH17 terhempas di Ukraine pada Julai lalu.
Pesawat AirAsia Indonesia pagi tadi hilang dari radar dan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia pada kira-kira pukul 7.24 pagi tadi.
http://youtu.be/DQQRsRNVjuk
Kini operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan diketuai Indonesia dan dibantu oleh Malaysia serta Singapura.
Pesawat itu membawa 155 orang penumpang dan tujuh anak kapal dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ
https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w



